Bulan Puasa : Nak Berbuka Kat Mana???
|Nak berbuka kat mana dan dengan menu apa pulak hari ni?
Aku sekeluarga, semenjak bulan ramadhan ni kira makan OK cam biasa. Masalah nya, cepat rasa jemu. Kalau biasa hari kerja, adik aku 4.30pm dah sampai umah dan boleh masak untuk kitaorang. Slalunya aku suh dia masak satu lauk jer. Nanti 2 – 3 lauk lain kami beli kat Pasar Ramadhan.
Memandangkan skang jalan asyik jammed manjang, hanya 2 Pasar Ramadhan jer yg sempat aku singgah. Samada Pasar Ramadhan Taman SPPK atau Jalan Sri Sinar sebelah umah aku. Nak ke Jln Kuching atau ke Kg Baru kena tunggu weekends. Kalau tak, memang tak sempat dgn gaya jammed yg sungguh melampau2. So, pilihan lauk pauk sungguh terhad.
Nak Berbuka Kat Mana
Dari semalam wife aku dah ajak buka kat Fast Food Restoran, tapi aku belum terbukak hati lagi. Setakat hari ni, pening juga nak berbuka kat mana. Dengar kata menu KFC yang baru syiok jugak? Tak kurang juga dgn menu Kenny Rogers Ayam Panggang. Ermmm,,, McDonalds Bubur Ayam pun best jugak kan?
Tengok la camana kalau rasa malas nak masak atau pegi Pasar Ramadhan…
masak sama2
makan sama2
mana sempat???