Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Teroka Bumi Taiwan Dengan Pakej Halal Muslim Bersama China Airlines

Peluang Teroka Bumi Taiwan Dengan Pakej Halal Muslim. Tidak ramai orang Malaysia mengenali bumi Taiwan dengan secara dekat. Ramai yang masih lagi takut untuk ke negara Taiwan kerana beberapa factor yang kononnya tidak mesra Muslim. Sebenarnya ia satu pandangan yang harus dikikis oleh pelancong Muslim terhadap peluang kembara di bumi Taiwan.

Berada di antara destinasi Hong Kong, Korea dan Jepun, sebenarnya negara Taiwan menawarkan banyak pilihan destinasi ‘Pelancongan Mesra Muslim’ sejak beberapa tahun yang lepas. Tak kira dari Taipei, Taoyuan, Taichung hingga ke Kaohsiung, ada ramai masyarakat Muslim di sini dan punyai banyak pilihan menu makanan Halal.

Baca : Taman Tema Menarik Di Taiwan

Taiwan Dengan Pakej Halal Muslim

Taiwan Dengan Pakej Halal Muslim

 

Taiwan Tourism Bureau adalah antara badan yang begitu aktif dalam mempromosikan jenama pelancongan Taiwan dengan menawarkan banyak Pekej Mesra Muslim untuk pelancong yang ingin melancong ke Taiwan.

Bukan sahaja bandaraya Taipei, destinasi ‘Pelancongan Mesra Muslim’ sudah meluas ke serata bandar utama di Taiwan, termasuk Taochuan, Taichung, Kaohsiung dan Yilan. Setiap destinasi ini punyai rahsia dan keunikkan tarikan pelancongan tersendiri yang sememangnya lain dari yang lain.

Taiwan dengan Pakej Halal Muslim

 

Pakej Halal Muslim Taiwan Taiwan Dengan Pakej Halal Muslim Taiwan Dengan Pakej Halal Muslim Taiwan Dengan Pakej Halal Muslim Taiwan Dengan Pakej Halal Muslim

Taiwan Dengan Pakej Halal Muslim

Taiwan Dengan Pakej Halal Muslim Taiwan Dengan Pakej Halal Muslim Taiwan Taiwan Dengan Pakej Halal Muslim

 

Sebagai contoh bandaraya Taipei, sememangnya terkenal dengan pusat pentadbiran utama di Taiwan menawarkan tempat menarik seperti bangunan Taipei 101, Muzium, . Tidak lupa juga untuk yang kaki shopping, Shilin Night Market dan juga Ximending adalah destinasi wajib lawat kalua ke Taipei. Ada banyak barangan murah yang dijual di sini dan yang menjadi tumpuan ramai ialah barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan juga aksesori wanita.

Dari laut hingga ke landskap pemandangan, Taiwan ada banyak pilihan. Antara yang menjadi tumpuan utama adalah destinasi Sun Moon Lake di Taichung. Lokasi tasik jadian yang terletak betul-betul di tengah-tengah peta Taiwan ini sebenarnya memukau semua pelancong dunia.

 

Taiwan Dengan Pakej Halal Muslim Taiwan Dengan Pakej Halal Muslim Taiwan Dengan Pakej Halal Muslim Taiwan Dengan Pakej Halal Muslim Taiwan Dengan Pakej Halal Muslim Taiwan Dengan Pakej Halal Muslim

 

Ia agak popular sepanjang tahun dan menjadi tempat paling sesuai untuk merasai pengalaman berbasikal di Taiwan. Masa paling sesuai untuk ke sini ialah sekitar bulan Oktober hingga Januari setiap tahun.

Jika anda seorang yang sukakan alam semulajadi, Taiwan memang destinasi sesuai untuk anda. Ada banyak ‘leisure farm’ atau lading buahan yang emnawarkan pakej ‘penginapan ladang’ dengan harga yang berpatutan. Destinasi seperti Yilan yang berada di sebelah timur Taiwan adalah paling sesuai untuk di lawati. Ada banyak ladang buahan dengan pengalaman memetik buahan ditawarkan untuk semua pelancong sepanjang tahun.

Pakej Halal Muslim Taiwan Pakej Halal Muslim Taiwan Hotel Pakej Halal Muslim Taiwan

 

Sebut tentang Pelancongan Mesra Muslim, untuk Taiwan dengan Pakej Halal Muslim ini ada bnayak pilihan restoran dan hotel yang menyediakan servis terbaik untuk tetamu Muslim mereka. Dari pilihan menu Halal Taiwan dengan konsep Restoran Hala Muslim (Halal Muslim Restaurant) dan juga Restoran Mesra Muslim (Friendly Muslim Restaurant).

Untuk info, Restoran Halal Muslim adalah restoran yang mempunyai Chef Muslim dan menyediakan menu halal dari sumber halal mengikut syarat yang dibenarkan. Manakala Restoran Mesra Muslim pula ialah restoring yang mempunyai Chef Bukan Muslim, tetapi menyediakan menu halal dari sumber halal mengikut syarat yang dibenarkan oleh pihak berwajib di Taiwan.

Baca sini Taiwan Halal http://taiwanhalal.com

Pakej Halal Muslim Taiwan Pakej Halal Muslim Taiwan Pakej Halal Muslim Taiwan Pakej Halal Muslim Taiwan

 

Sebenarnya, kalua anda teringin untuk merasai pengalaman merasai Musim Bunga Cherry Blossom, Taiwan antara destinasi yang boleh dicuba. Ini kerana mereka juga punyai taman Cherry Blossom yang cantic di sekitar Alishan dan juga persekitaran Formosan Aboriginal Village di Taichung.

Untuk merasai pengalaman Pelancongan Mesra Muslim di Taiwan, boleh terbang ke Taipei dengan penerbangan China Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.

Untuk cerita tentang Taiwan, layari di blogpost http://www.mrjocko.com/tag/taiwan

Gambar-gambar cantik ini diambil menggunakan ‘Action Camera’ Sony model X3000R. Kamera yang terbaik untuk rakaman gambar dan video 4K.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.