Site icon Travel Blogger Malaysia

Bundle Expo Malaysia 4 – 7 November 2021 Di Mines 2 Serdang

Pertama kali dalam sejarah, saya sendiri involve dalam event kali ini. Selepas 10 bulan berada dalam dunia perniagaan bundle, kami ambil peluang untuk turut sama menjadi sebahagian dari vendor yang akan menyertai Ekspo Bundle di Seri Kembangan ini. Pengalaman kami, sepanjang tempoh Bundle Expo Malaysia 4 – 7 November 2021 Di Mines 2 Serdang memang mengujakan.

Event yang bermula pada hari cuti Deepavali ini berlangsung selama 4 hari dengan memfokuskan kepada produk pakaian terpakai (bundle) yang mana kini semakin menjadi trend pemakaian di seluruh dunia.

Baca : Potensi Business Bundle di Malaysia

Bundle Expo Mines 2

 


Bundle Expo Malaysia 4 – 7 November 2021 Di Mines 2 Serdang

bundle expo malaysia
 

Kemeriahan Expo Bundle Malaysia di Serdang ini terasa seawal hari pembukaan dengan kehadiran beribu-ribu pengunjung semata-mata untuk ‘menyelam’ mencari koleksi baju bundle pilihan mereka di setiap kedai di dalam ekspo ini.

Dari pilihan baju vintage biasa, baju vintage band, baju anime, baju jenama dan banyak lagi. Kebanyakkan harga yang dijual di sini jauh lebih murah dari harga pasaran kerana kebanyakkan vendor barang bundle memang mencari peluang untuk menjual produk mereka dengan harga borong.
 


 

Kami sendiri mempunyai beberapa koleksi kepala vintage yang menjadi pilihan ramai termasuk baju vintage Iron Maiden Powerslave Three Quarter (RM10,000), Vintage Scorpions (RM3,000) dan Vintage Nirvana Utero (RM5,000).

Pilihan baju lain pun ada, dengan harga sekitar RM100 – RM300 bagi setiap helai bergantung pada tag baju, design, copyright dan juga jenis printed yang ada di tshirt tersebut.
 

TShirt Vintage Scorpions RM3,000

TShirt Vintage Nirvana RM5000

 

Semenangnya, untuk tempoh 4 hari di sini memang meriah dengan penjual dan pengunjung. Hasil jualan selama beberapa hari juga sangat mengujakan dengan banyak produk helaian TShirt yang berharga bawah RM50 menjadi pilihan pengunjung untuk dibuat koleksi sendiri.

Untuk pemborong, mereka turun menjual produk mereka dengan jualan yang sangat murah, sesetengahnya dengan harga tidak masuk akal kerana terlalu murah. Ini semua dilakukan untuk menarik minat pembeli di samping bertujuan untuk memberi peluang kepada collector menyimpan koleksi yang mereka miniat dengan harga mampu milik.

Puas hati, 4 hari yang memenatkan nagi kami tetapi sangat puas.

Exit mobile version