Site icon Travel Blogger Malaysia

Baju Bundle Thrasher Flame Logo Hoodie Jackpot Pertama

Mungkin ramai pembaca blog saya tahu yang kami sudah mula teroka bisnes baju bundle sejak Februari 2021. Akibat sempadan negara yang telah ditutup, tak banyak pergerakkan sejak PKP, kami ambil peluang untuk ceburi Dunia Bundle, pakaian terpakai. Alhamdulillah, nak kongsi di sini, Baju Bundle Thrasher Flame Logo Hoodie hasil Jackpot Pertama belahan dari tokol Jepun.

Kali pertama membelah tokol, memang tak bernasib baik. Maklumlah, kami masih baru dan belum tahu selok-belok cara menyelam barang bundle. Walaupun kami sudah berhati-hati, tapi masih banyak yang belum kami ketahui.

Baca : Potensi Bisnes Bundle Di Malaysia

Bundle Thrasher Flame Logo Hoodie

 


Baju Bundle Thrasher Flame Logo Hoodie Jackpot Pertama

Baju-Bundle-Thrasher-Flame-Logo-Hoodie-01

Rihanna dengan Thrasher Hoodie

Justin Bieber dengan Thrasher Hoodie

 

Hoodie Thrasher ini saya jumpa dalam Tokol MIX Japan, 45kg. Tokol ini adalah tokol yang dibawakan terus dari barang-barang preloved Jepun dengan pelbagai jenis campuran pakaian termasuk t-shirt, seluar, kemeja, kimono, hoodie, sweatshirt dan macam-macam lagi.

Dalam banyak-banyak hasil belahan, ini jackpot paling mahal yang saya dapat. Nilai jualan untuk kondisi bundle sekitar RM100. Namun, sayang hoodie Thrasher ini ada sedikit kecacatan. Ada koyak di bahagian leher. Mungkin sebab faktor usia hoodie ini yang hampir memasuki 10 tahun.

Kami berjaya untuk baiki hoodie ini dan sudah boleh dipakai dengan selesa. Harga pasaran mungkin hanya sekitar RM80 sahaja.

Oh ya! Jenama Thrasher ini adalah jenama yang asalnya untuk jenama Streetwear Skateboarding yang popular di Amerika Syarikat.

Selepas DiBaikpulih

Tag Original Thrasher


 

History of Thrasher Brand – Wikipedia

Thrasher was founded in 1981 by Fausto Vitello and Eric Swenson, primarily as a way to promote Independent Truck Company, their skateboard truck company. Mofo became the second staff member, joining Thatcher in mid-1981. In 1993, Jake Phelps was named editor of the magazine.
Founder: Eric Swenson; Fausto Vitello
First issue: January 1981; 40 years ago
Former editors: Jake Phelps
Categories: Skateboarding

Baju Bundle Thrasher Flame Logo Hoodie Jackpot Pertama

Sejak dari mula penubuhan, jenama ini semakin terkenal dan mula mendapat perhatian ramai. Hinggakan banyak tshirt dan hoodie jenama ini menjadi pilihan ramai selebriti di Amerika Syarikat dan selebriti seluruh dunia.

Akibat pengaruh selebriti ini, produk jenama Thrasher Magazine ini menjadi permintaan ramai dan harga produk ini menjadi agak mahal berbanding sebelumnya.

Semasa saya melancong ke Tokyo Jepun, pernah melihat koleksi preloved Thrasher Flaming Logo ini dengan harga sekitar JPY10000 (MYR400). Ia mungkin koleksi edisi terhad. Sayang sekali, kami tidak dibenarkan mengambil gambar.

Gambar : Pinterest xandraaaaaaaa

Exit mobile version