Bundle Tokol Mix USA Hasil Padu Dapat TShirt Vintage
|Ramai yang mungkin belum tahu, sejak awal tahun, kami mula teroka business baru iaitu Business Bundle. Sesetengah orang kata, business pakaian terpakai. Tak kurang juga orang kata jual barang sampah. Tak kira orang kata apa, yang penting sebenarnya business bundle di Malaysia semakin menjadi trend. Oleh kerana kami melihat ada permintaan, kami cuba. Selepas beberapa bulan, pengalaman sendiri Business Bundle Tokol Mix USA Hasil Padu Dapat TShirt Vintage. Hasi belahan gunil tokol ni, memang padu!!!
Permintaan dari collector, lebih-lebih lagi untuk pasaran pakaian vintaj yang berusia lebih dari 15 tahun, di Malaysia masih ada tarikan tersendiri. Dalam tokol-tokol (bale bundle) yang kami belah ini, boleh dikatakan hampir setiap tokol ada beberapa pakaian vintage yang mempunyai nilai komersil tersendiri.
Baca : Kedai Bundle Popular Di Kuala Lumpur
Business Bundle Tokol Mix USA Hasil Padu Dapat TShirt Vintage
Memasuki bulan April 2021, sudah 32 tokol bale bundle yang kami dah belah. Ya, kami serius untuk belajar memasuki dunia business bundle ini. Ada sebab kenapa kami sangat agresif, itu mungkin rahsia kami yang belum boleh kami kongsi buat masa sekarang.
Bayangkan, kami mula awal Januari, buat sedikit research, dapatkan info berkaitan dan mula belah tokol pertama pada akhir bulan Februari 2021. Hari pertama jer, saya sendiri belah 3 tokol. Namun, hasil hanya biasa-biasa sahaja. Tiada vintage, tiada jackpot, tiada kepala, barang badan dan ekor sahaja (istilah orang Bundle).
Tak puas hati, saya sendiri ambik inisiatif untuk belajar lagi. Rasa sendiri pegalaman yang lebih deep, kami belah tokol Mix USA, Mix Japan dn Mix Korea.
Kini, selepas hanya sekitar sebulan lebih, Alhamdulillah, dah jumpa sedikit momentum dan route yang agak lurus dalam business bundle.
Ini hasil dari satu Bale Mix USA, hasil kali ini padu. Sebab ada banyak TShirt yang kami dapat, termasuk beberapa kepala dan jackpot seperti TShirt band Red Hot Chili Peppers, Korn, Gun N’ Roses, The Rolling Stones dan beberapa lagi baju lain.
Bale kedua, ada seluar jeans Levis dan paling jackpot baju TShirt Kucing Gemuk full print depan belakang dengan tag Crazy Shirt copyright B. Kliban. Wow!!! Hanya pemain tshirt vintage dan bundle sahaja yang faham ni.
Geng-geng lain turut dapat hasil lumayan. Antara yang dapat di selam, tshirt Nike vintage, Adidas Bunga Trefoil Vintage, tshirt tag lama Screen Stars, tag baju Gildan tahun 1990, tshirt tag Hanes tahun 1980an dan banyak lagi. Puas hati kali ini, tokol 31 dan 32 bagi saya hasil tokol paling lumayan. Alhamdulillah.
Untuk anda yang minat tshirt bundle dan tshirt vintage boleh lihat di Instagram kami Vintaj Bundle Original, kedai online kami.
Jika berminat, mencari jenis vintaj tertentu, boleh la hubungi kami di Instagram danjuga Fanpage Facebook Vintaj Bundle Original.