Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cantiknya Bunga Sakura Di Yokohama Kanagawa Prefecture Jepun

Tidak hanya di Tokyo atau Osaka, ribuan kelopak Bunga Sakura atau Cherry Blossoms juga cantik kembang di destinas Kanagawa Prefecture. Sebab itu, MrJocko nak kongsi betapa Cantiknya Bunga Sakura Di Yokohama Kanagawa Prefecture Jepun.

Kanagawa Prefecture ni sebenarnya terletak bersebelahan sahaja dengan bandar Tokyo. Yang menarik, dulu di Yokohama, ia menjadi antara pelabuhan utama di Jepun. Kini, ia berkembang dan punyai banyak tempat menarik untuk pelancong melihat Bunga Sakura bila tiba musimnya.

Baca : Tempat Bunga Sakura Paling Cantik

Bunga Sakura Di Yokohama Kanagawa Prefecture Jepun

Bunga Sakura Di Yokohama
 

Percaturan kali ini berhasil dengan sebaiknya. Plan untuk mengejar Bunga Sakura di Jepun, terutamanya di Tokyo dan Yokohama menjadi dan kena dengan masa. Kali ini, kami tiba sebaiknya, bunga Sakura di sekitar Tokyo dan Yokohama kembang dengan mekarnya.

Asalnya kami nak ke Osaka, namun memandangkan ramai yang belum ke Tokyo, terpaksa beralih ke sini. Kemudian, bila melihat turutan salji turun lebh awal di Tokyo, kami mengambil perancangan lebih awal. Kalau sebelum ini Bunga Sakura kembang agak lewat, pada tarikh minggu pertama April, kini, Bunga Sakura di Tokyo, kembang seawal 20 mac 2018 lagi. Sesetengah tempat, ia mula kembang seawal minggu kedua Mac 2018.

Bunga Sakura Di Yokohama Kanagawa Prefecture Jepun

Bunga Sakura Di Yokohama Kanagawa Prefecture Jepun

Apa pun rezeki kami kali ini, musim Sakura di Jepun menjadi rezeki untuk tatapan kami. Yang lebih menarik, kami sempat merasai pengalaman Bunga Sakura di EUNO Park, Shibuya Crossing, Odaiba, Tokyo Bay, Shinjuku, Meguro River dan juga di sekita bandar Yokohama di Kanagawa Prefecture.

Bunga Sakura Di Yokohama Kanagawa Prefecture Jepun

Bunga Sakura Di Yokohama Kanagawa Prefecture Jepun

Bunga Sakura Di Yokohama Kanagawa Prefecture Jepun

Kebanyakkan Bunga Sakura di Tokyo dan Yokohama berwarna Putih Krim. Ada yang berpendapat, ia berwarna Pink Cair. Namun, apa sahaja warna yang korang nampak, kembangan Bunga Sakura di Musim Bunga ini memang memukau sesiapa sahaja termasuk penduduk tempatan.

Kami yang pelancong dari luar, sudah pasti lebih teruja melihat keindahan bunga Sakura, lebih lebih lagi Bunga Sakura di Yokohama, di kawasan paling menarik Port of Yokohama, Kanagawa Prefecture.

Bunga Sakura Di Yokohama Kanagawa Prefecture Jepun

Kos untuk melancong ke Jepun untuk melihat bunga Sakura tidak la mahal kalau korang pandai memilih masa dan tempoh yang betul. Nak lebih murah, rancang lebih awal dengan mendapatkan tiket penerbangan dari AirAsia.com. Untuk tips beli tiket murah AirAsia dan AirAsiaX boleh baca di blogpost MrJocko ini http://www.mrjocko.com/2011/05/tips-beli-tiket-murah-airasia.html

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.