• Fri. Sep 22nd, 2023

Bunyi Audio Dari Produk Gibson Innovations Yang Terbaik

Jenama audio bunyi Gibson sebenarnya tidak perlu diperkenalkan lagi jika anda seorang peminat audio. Ini kerana produk Gibson Innovations sememangnya sudah lama bertapak dalam dunia audio samada untuk produk biasa kegunaan harian, produk pertengahan dan juga produk audio bunyi untuk golongan professional, Gibson memang menjadi pilihan utama kerana kualiti yang terbaik.

Kalau dulu produk audio bunyi ini banyak dikenali dengan jenama WOOX Innovations, kini ia ditambahbaik dengan dijenamakan kembali dengan nama GIBSON INNOVATIONS. Jenama Gibson ini merangkumi produk-produk terbaik dari jenama ‘Royal Philips’ termasuk produk soundbar, headphones, home theatres dan ‘surround-on-demand’.

Baca : Produk Philips Headphones Fidelio

 


Bunyi Audio Dari Produk Gibson Yang Terbaik

Produk Gibson Innovations

 

Wakil dari Gibson Innovations Hong Kong turut sama turun ke majlis Pelancaran Produk Gibson Innvovations di Kuala Lumpur untuk memperkenalkan barisan produk-produk terbaik Audio Video jenama Gibsons Innovations kepada pihak media minggu lepas.

Produk Gibson Innovations

Produk Gibson Innovations

 

Rupanya, produk jenama Gibson Innovations ini mempunyai lebih dari 2,500 sejak ia tubuhkan dan banyak antara produk tersebut memenangi Anugerah dalam pelbagai segmen untuk kategori produk elektrik dan audio bunyi.

Gibson Innovations sebenarnya adalah jenama No. 1 Headphones di Eropah dan Asia. Gibson juga jenama No. 1 ‘Sound Bar’ di Eropah, India, China, Brazil dan Malaysia. Untuk kategori Bluetooth Speaker, Gibson menduduki tempat pertama di seluruh dunia dan jenama paling terkenal dalam kategorinya.

Kualiti produk Gibson

Bunyi Audio Dari Produk Gibson Innovations Yang Terbaik

Produk Gibson Innovations

Bunyi Audio Dari Produk Gibson Innovations Yang Terbaik

Produk Gibson Innovations

Bunyi Audio Dari Produk Gibson Yang Terbaik

Produk Gibson Innovations

Bunyi Audio Dari Produk Gibson Innovations Yang Terbaik

Ada banyak kategori yang audio bunyi headphones atau bluetooth speaker yang ditawarkan oleh Gibson Innovations tambah lagi jenis speaker dan headphones. Jenis ini memang MrJocko suka kerana ia memang ada banyak pilihan model, harga, warna dan juga saiz yang bersesuaian dengan kegunaan.

Untuk jenis sistem audio home theatre yang boleh dipadankan dengan TV atau DVD Player rumah, anda boleh pilih model Soundbar Fidelio B5 atau mungkin boleh cuba model KATANA yang terbaru di pasaran. Jenis sistem bunyi ini memang terbaik dan kena dengan gaya hidup moden dan ruang yang terhad seperti kediaman kondominium atau ruang yang sederhana.

 

Bunyi Audio Dari Produk Gibson Innovations Yang Terbaik
Bunyi Audio Dari Produk Gibson Innovations Yang Terbaik

Bunyi Audio Dari Produk Gibson Innovations Yang Terbaik

Untuk anda yang minat dengan muzik, pilih headphone yang bersesuaian dengan anda samada jenis turbos dari GoGear. Jenis ini antara headphone yang terbaik untuk kualiti bunyi muzik yang jelas dan memuaskan. Jangan risau, harga yang ditawarkan berpatutan dan ia mampu milik.

Sebab itu, anda kena yakin dengan Gibson Innovations yang sememangnya ada kualiti yang sebenar dalam produk audio bunyi. Memandangkan ia satu jenama yang terkenal, kualiti dari peoduk ini sudah lama diperakui. Untuk pengalaman bunyi audio yang terbaik samada sistem audio rumah, headphones atau produk sound bar.

Cuba dulu jenama dari Gibson Innovations seperti Philips, Fidelio, GoGear, Teac, Onkyo dan banyak lagi, kemudian rasakan kualiti bunyi yang sebenar.

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.