Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Butik Animation World Untuk Kanak-Kanak Di Midvalley

Anda dah tahu tentang pembukaan Butik Animation World di Midvalley Megamall? Ia merupakan salah satu konsep butik unik dan baru yang menjual pelbagai barangan kanak-kanak berkonsepkan pelbagai karakter  termasuk Hello Kitty, Mickey Mouse, Angry Bird dan Doraemon. Buat kanak-kanak, sudah mesti merek gembira jika dapat pakaian, permainan serta aksesori karakter kegemaran mereka.

 

Ketika melancarkan Butik Animation World di Midvalley, MrJocko difahamkan bahawa Butik Animation World ini akan dibuka juga di Queensbay Mall, Penang dan East Coast Mall, Pahang pada bulan Oktober 2013. Manakala Butik Animation World di Johor dan Pavilion KL akan dibuka menjelang Disember 2013.

 

 

Butik Animation World Untuk Kanak-Kanak Di Midvalley

 

Butik Animation World Untuk Kanak-Kanak Di Midvalley

 

Butik Animation World Untuk Kanak-Kanak Di Midvalley

 

 

 

Konsep Butik Animation World yang diilhamkan oleh Anakku Sdn Bhd ini memang lain dari konsep butik yang seumpamanya. Bila masuk ke Butik ini, sudah pasti anak-anak akan teruja melihat banyak permaian dan aksesori mainan kegemaran mereka seperti Hello Kitty, Mickey Mouse, Angry Bird dan Doraemon. Banyak jenis pilihan yang boleh anda pilih untuk anak-anak anda atau buat koleksi sendiri. Harga pun murah, jangan risau, ada barang yang dijual dari RM4.90 sahaja sehingga RM400.

 

 

 

Butik Animation World Untuk Kanak-Kanak Di Midvalley

 

 

 

Jadi kalau anda singgah di Midvalley, Queensbay Mall, East Coast Mall atau Pavilion lepas ni, jangan lupa singgah di Butik Animation World Anakku Sdn Bhd. Banyak mainan dan koleksi yang anda boleh pilih dari mainan, kotak pensel, tumbler, anak patung, pakaian, jam tangan dan macam-macam lagi. Anak-anak anda mesti gembira tak terkata la…

 

Untuk maklumat lain tentang produk Anakku boleh layari laman web ANAKKU atau Anakku Facebook Fanpage.

 

 

Butik Animation World Untuk Kanak-Kanak Di Midvalley

 

 

MrJocko sempat beli tumbler untuk Khalish dan Hasya. Satu thumbler cuma RM24.90 sahaja dan ribbons tu cuma RM9.90 sahaja. Murah kan??? Ini semua koleksi yang anda boleh cari di Animation World Anakku sahaja. Cepat, dapatkan koleksi anda sekarang.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.