Butik Freitag Di Shibuya Tokyo Jepun Beg Kanvas Ribuan Ringgit
|Kota Fesyen di Tokyo memang menawarkan pelbagai produk dan jenama yang mungkin tak pernah kita dengar tetapi ada peminat yang berjuta di seluruh dunia. Inilah yang saya maksudkan, beg kanvas lori terpakai jenama Freitag dari Switzerland. Menakjubkan bila saya dapat tahu bahawa, Butik Freitag Di Shibuya Tokyo Jepun jual Beg Kanvas terpakai dari lori bernilai Ribuan Ringgit.
Ya, sekali lihat nampak lusuh, buruk, warna yang semakin pudar, tetapi setiap satu beg ini adalah ‘designer bag’ satu dalam dunia dan dijual dengan harga mencecah ribuan Ringgit Malaysia.
Butik Freitag Di Shibuya Tokyo Jepun
Sejarah Penciptaan Beg Freitag bermula pada tahun 1993. Ketika itu, pereka grafik adik beradik bernama Markus dan Daniel Freitag sedang mencari bahan yang berfungsi, penahan air dan material beg yang kuat untuk menghasilkan produk kreatif mereka. Mereka mula mendapat ilham apabila melihat Trak besar melalui kediaman flat mereka dengan warna-warni kanvas yang menarik di persimpangan jalan di Zurich, Switzerland.
Oleh itu, mereka mula mencipta beg tersebut dari kanvas lori terpakai dipadankan dengan tiub basikal yang dibuang dan tali pinggang keledar kereta. Itulah cerita bagaimana beg FREITAG pertama tercipta di ruang tamu pangsapuri rumah mereka hasil dari barangan yang dikitar semula, kemudiannya menjadi beg ‘rare’, satu dalam dunia dan masing-masing punyai ciri unik.
Dengan inovasi mereka, adik beradik ini dengan tidak sengaja mencetuskan produk unik dalam dunia pembuatan beg. Ia semakin popular seluruh dunia dan kini berkembang di Asia.
Rekaan beg Freitag ini punyai ciri-ciri beg sandang moden. Bukan sahaja backpack, mereka juga punya koleksi beg tangan wanita, pouch, hanphone cover, tablet cover dan banyak lagi. Semuanya menggunakan material asas utama iaitu kanvas lori terpakai.
Kalau tak silap, kanvas lori yang mereka guna dibeli balik dari syarikat lori kemudian diproses sebelum dijadikan beg Freitag. Rekaan asal dari Switzerland, tetapi kini dengar cerita ia dibuat di negara China.
Bila melihat beg ni, memang rasa teruja. Bayangkan, ramai yang tergila-gilakan produk yang dikitar semula ini, padahal sebelum ini ia dari kanvas lori yang lusuh dan mungkin tidak pernah terfikir untuk digunakan lagi.
Nak lihat antara koleksi Freitag, boleh saksikan video ini :
Layari laman web Freitag untuk lihat banyak lagi kolek beg kanvas lori yang cantik. Harga memang mahal, tetapi ia adalah ‘designer bag’ pasti la harga mahal berbanding harga beg biasa.
Freitag https://www.freitag.ch/en