Butterbeer Harry Potter Halal Di Universal Studios Japan
|Andai anda adalah peminat filem fiksyen magika Harry Potter, pasti anda pernah melihat scene di mana Harry Potter dan rakan-rakannya sanyai sambil menikmati minuman Butterbeer yang enak. Yes, minuman itu boleh anda dapati di Universal Studios Japan ini. Ini kali pertama MrJocko mencuba Butterbeer Harry Potter Halal Di Universal Studios Japan.
Sebelum minum Butterbeer Harry Potter halal ini, MrJocko pernah bertanya apakah bahan-bahan yang ada dalam ‘beer’ ini. Jawapan tepat tidak mereka beritahu kerana ia memang resipi rahsia pihak Universal Studios, namun mereka mengesahkan bahawa ia adalah sesuai untuk mereka yang makan makanan ‘vegetarian’ dan juga tiada unsur-unsur alkohol atau gluten (gluten) dari produk haiwan.
Butterbeer Harry Potter hanya ada nama beer, seperti istilah Rootbeer di Malaysia. Sebab itu, MrJocko yakin bahawa ia adalah minuman yang halal, ditambah dengan penerangan dari beberapa wakil media yang memang pernah ke sini.
Tips Butterbeer Harry Potter
Kalau beli minuman ini, beli terus dengan MUG, Boleh bawa balik sebagai kenangan 🙂
Butterbeer Harry Potter Halal Di Universal Studios Japan
Ia pengalaman baru MrJocko di Universal Studios Japan dan pertama kali singgah di taman teman The Wizarding World of Harry Potter. Jadi bila ke sini, antara benda yang anda mesti lakukan ialah mencuba minuma kegemaran Harry Potter iaitu Butterbeer.
Bagaimana rasa minuman Butterbeer ini? Sedap!!! Anda mesti cuba minum Butterbeer Harry Potter halal ni kalau ada peluang.
Lokasi sebenar gerai yang menjual Butterbeer Harry Potter ini terletak berhadapan dengan pintu masuk ke Wizarding World of Harry Potter. Untuk harga Butterbeer Panas MrJocko tak pasti, tetapi Butterbeer sejuk yang sedap ini, harganya ialah 700Yen. Yang menarik, gelas untuk Butterbeer ini kami boleh bawa balik sebagai kenangan, Yeah!!!
Boleh baca pasal The Wizarding of Harry Potter – http://www.mrjocko.com/2015/12/the-wizarding-world-of-harry-potter.html
Baca : Ride The Wizarding World of Harry Potter USJ
Untuk merasai pengalaman melancong di Universal Studios Japan, terbang ke Osaka dengan penerbangan AirAsiaX menuju ke Kansai Airport. Untuk ke Universal Studios Japan mudah sahaja, boleh naik jaringan Keretapi di Osaka menggunakan Yumesaki Line dan berhenti di Sakurajima Station.
okay one day kena gak pergi tempat ni
Amin,,, InsyaAllah,,,,
Menarik!
Memang menarik 🙂