Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Butterfly Adoption Dari Melaka Butterfly And Reptile Sanctuary Part 1

Kisahnya, selepas anak-anak terperap kat rumah selama beberapa minggu selepas arahan PKPB kembali dikuatkuasakan, kami mencari aktiviti yang menarik untuk anak-anak buat ketika berada di dalam rumah. Sebolehnya, aktiviti yang lebih kepada ilmu yang jarang mereka lalui sebelum ini. Akhirnya, kami memilih untuk mencuba dapatkan Butterfly Adoption Dari Melaka Butterfly And Reptile Sanctuary.

Untuk informasi anda, Melaka Butterfly And Reptile Sanctuary ini telah beroperasi sejak 29 tahun yang lalu. Ia antara sanctuary persendirian yang banyak menyokong usaha membiakkan spesis rama-rama dan reptile di Melaka. Untuk lihat koleksi reptile rama-rama yang boleh anda ‘adopt’ boleh layari laman web rasmi mereka.

Baca : Aktiviti Melaka River Cruise

 


Butterfly Adoption Dari Melaka Butterfly And Reptile Sanctuary

Butterfly Reptile Melaka Adoption RM50

Butterfly Adoption Dari Melaka Butterfly And Reptile Sanctuary Part 1 copy
 

Kami memilih untuk adopsi 2 kepompong benar (butterfly pupa). Ia sebagai sokongan kami untuk membantu membiak spesis reptilia ini supaya ia tidak akan terus pupus. Sokongan ini juga ialah untuk menyokong industri kecil dan sederhana seperti Melaka Butterfly And Reptile Sanctuary ini akan terus aktif dalam menjalankan operasi mereka.

Anda boleh membuat tempahan anda di pautan ini Adoption Pupa Jar Set RM50 https://www.butterflyreptile.com/products/pupajarsetrm50

https://www.facebook.com/butterflyreptile/videos/297915751655135
 

Kredit Video Butterfly Reptile Melaka Facebook Fanpage

Penghantaran

Memandangkan pakej yang kami adopsi ialah cuma RM50 berserta dengan bekas jar, ia juga datang dengan penghantaran percuma ke seluruh Semenanjung Malaysia. Untuk kami, kami menerima parcel Butterfly Pupa (Kepompong Benar) kami dengan servis Citylink Express. Hari ni order, esok dah sampai. Sangat cepat dan mudah.
 

Butterfly Adoption Dari Melaka Butterfly And Reptile Sanctuary Part 2
Butterfly Clipper

Butterfly Adoption Dari Melaka Butterfly And Reptile Sanctuary Part 3 copy
 

Parcel Betterfly Pupa kami diterima dengan elok dan selamat. Nanti kami akan kongsikan unboxing dan cara kami letakkan kepompong ini di dalam bekas jar. Ia mudah sahaja, macam buat A, B, C.

Pihak Melaka Butterfly And Reptile Sanctuary membuat pembungkusan yang sangat kemas dengan arahan-arahan yang sangat jelas. Tidak lupa disertakan setiap bungkusan 2 Pass Masuk Percuma ke Melaka Butterfly And Reptile Sanctuary dan juga Button Badge Butterfly.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.