Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tips – Bye-Bye Fever Untuk Kanak-Kanak Demam

Selepas ke hari orientasi awal bulan Januari kat sekolah, Khalisha demam.

Mungkin pasal terkejut dengan environment sekolah yang baru. Kalau tadika, masuk kul 8.30 pagi dan balik kul 11.30 pagi. Kali ni kena duk lama plak kat sekolah. Dari kul 1.00 petang sampai jam 6.30 petang. Penat kan…?

Lepas balik sekolah, dia dah mula tunjukkan muka kesian. Lepas tu tak lalu nak makan, Malam badan tak panas, tapi tengok dia kuyu dan layu jer. Mungkin pasal panas dan tak tahan dengan panas. Pegi check doktor, Sah Khalisha demam. Dapat la ubat demam dan selsema.

Kebetulan lalu kat Farmasi, aku belikan ‘koyut’ untuk budak-budak. Nak pakaikan kat dahi supaya buang panas badan. Sebelum tu dah bagi minum Air Badak.

Aku beli brand Bye Bye Fever dari Hisamitsu. Pelekat untuk buang panas badan. Tak mahal, cuma RM5.50 jer. Dan selang esoknya, anak aku dah tak panas lagi. Nampak macam sihat dari panas badan semalam.
Alhamdulillah…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.