Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cabaran Hari Persekolahan Musim PKP Covid-19

Cabaran Hari Persekolahan Anak-Anak Kita Di Musim PKP Covid-19. Sudah hampir seminggu anak-anak kita kembali ke sekolah dengan norma baru, pada tahun 2021. Selepas hampir setahun ditutup alam persekolahan (pembelajaran di dalam kelas) sejak Mac 2020 akibat pandemik CoronaVirus Covid-19. Ia sangat berbeza dengan zaman kita dulu bila memulakan hari pertama persekolahan. Kini, anak-anak kita terpaksa menempuh pengalaman berbeza dari pengalaman kita dahulu.

Dari hari pertama persekolah, anak-anak kita akan mengikuti SOP pihak Kementerian Persekolahan yang sangat ketat demi kebaikkan mereka dari dijangkiti oleh wabak CoronaVirus (jika ada) di sekolah. Pihak kakitangan sekolah, nampak sangat akur dan berusaha dengan sebaiknya untuk memastikan pematuhan ini diikuti oleh semua murid-murid.

Baca : Bila Akan Tamat Wabak Coronavirus Virus Covid-19 di Malaysia

 


Cabaran Hari Persekolahan Anak-Anak Kita Di Musim PKP Covid-19

Musim PKP Covid-19
 

Anak bongsu saya baru melangkah ke alam persekolahan sekolah rendah. Ketika di Tadika, tahun 5 dan memasuki Tahun 6, ia agak normal. Namun, bila tiba Covid-19, ia berubah serta merta.

Di Sekolah, hampir tiada peluang untuk mereka bergaul dan bermain seperti sebelum ini dengan kawan-kawan sebaya. Aktiviti sekolah terus ditamatkan ekoran wabak dan juga pematuhan kepada SOP dari pihak Kerajaan.

Baca : Tarikh Buka Sekolah Tahun 2021 Di Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

Kini, selepas 2 minggu berada di Kelas Pengenalan di Sekolah, mereka meneruskan pembelajaran di dalam kelas juga dengan pematuhan SOP yang ketat. Waktu rehat mereka hanya untuk makan. Tidak dibenarkan untuk bermain-main diluar bilik darjah. Pengalaman mereka setakat ini, terhad di dalam bilik darjah sahaja.

Bayangkan kita di tempat mereka, pasti agak membosankan. Hanya dibenarkan duduk di kerusi dan meja yang sama, hampir setiap hari di waktu sekolah.

Peranan Guru dan pihak kakitangan sekolah sangat penting waktu ini supaya mereka boleh mengekalkan semangat anak-anak kita untuk terus ke sekolah dan belajar sebaiknya. Setakat ini, untuk effort ini, saya hargai pengorbanan dan kesungguhan Guru-guru di sekolah.

Alhamdulillah, rezeki saya berkerja sendiri dan ada masa untuk menghantar dan mengambil mereka pergi dan pulang dari sekolah. Setidak-tidak usaha tambahan seperti ini akan memberi mereka semangat untuk terus belajar.
 

Musim PKP Covid-19
 

Selama 3 minggu ini, paling ketara bila pulang dari sekolah, mereka suarakan agak bosan bila di dalam kelas sebab tidak boleh ke sana dan ke sini. Kebanyakkan masa mereka habiskan di atas kerusi, tiada aktiviti di luar kelas dan juga bermain di waktu rehat.

Cabaran anak-anak kita di sekolah lebih mencabar dari kita yang berkerja. Setidak-tidaknya kita boleh ke sana dan ke sini. Anak-anak kita di sekolah, pergerakkan mereka agak terhad.

Semoga wabak ini akan pergi dengan segera supaya zaman pembelajaran dan bermain anak-anak kita tidak akan hilang begitu sahaja.

Jadi, kita sama-sama berusaha untuk terus mematuhi SOP dan Kita Jaga Kita supaya kita akan kembali hidup normal di dalam negara kita, Malaysia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.