Cabaran Memasak Kentang US Potatoes Untuk Blogger
|Kentang, menu yang jarang MrJocko cuba sebelum ini. Paling biasa, ‘potato chips’, fried potatoes atau mash potatoes. Menu lain memang jarang. Itu yang payah, bila diberi cabaran memasak kentang US Potatoes bersama rakan blogger lain minggu lepas. Lagi susah sebab terasa macam pertandingan Masterchef pulak bila ramai yang ambil bahagian.
US Potatoes Wonder Land kali ini menjemput beberapa orang blogger untuk mencuba cabar diri dalam menyediakan apa sahaja menu berasaskan dari Kentang jenama US Potatoes dari Amerika Syarikat ini. Kali ini, bukan sahaja kentang yang berwarna kuning, tetapi ada beberapa jenis kentang berwarna purple, kentang biru, kentang merah dan beberapa jenis kentang kecil yang jarang MrJocko tengok, ada dalam koleksi jenama US Potatoes.
Maklumat umum untuk anda, semua kentang jenama US potatoes adalah berasal dari Amerika Syarikat dan terkenal di seluruh dunia. Product US Potatoes adalah pembekal kentang segar untuk kegunaan di rumah dan juga restoran. Semua kentang jenama ini akan dibersihkan, digred serta dibungkus rapi sebelum dieksport. US Potatoes boleh dibeli dalam pelbagai saiz bungkusan di pasaraya pilihan anda.
Jenis-jenis kentang US Potatoes selalunya dibahagikan kepada 7 jenis iaitu Russte, putih bulat, putih panjang, merah, kuning, biru dan ungu serta kentang jejari.
Menu Sedap Guna US Potatoes
Kentang jenis tumbuhan yang masih lagi boleh ‘hidup’ dengan baik, tetapi harus lah disimpan dalam suhu yang sesuai. Ini benda baru untuk MrJocko. Maklum la, jarang sangat masak kentang.
Sebelum dicabar memasak, kami ditunjukkan beberapa tips dan cara memasak kentang oleh wakil Chef KDU yang bertindak sebagai tenaga pengajar palajar Kulinari di KDU Shah Alam. Antara menu yang telah disediakan oleh Chef ialah US Potatoes Smoothie, Creamy Gratin US Potatoes dan juga Puree of US Potatoes Soup yang memang sedap.
Cabaran Blogger Memasak Kentang US Potatoes
Kami diberi masa selama 1 jam dan dicabar untuk memasak apa sahaja menu yang berasaskan Kentang. MrJocko dan partner, Maestro Ridwan sepakat untuk mencuba menu Meaty Potatoes dengan kombinasi Kentang dan Daging.
Untuk menu ini, cara masak mudah sahaja kerana kami gunakan kepingan slices daging dan di lapik dengan mash potatoes di dalam kepingan Kentang US Potatoes. Mash Potatoes di campur dengan perasa garam dan sedikit gula serta dicampurkan sekali dengan kisaran daging cincang untuk rasa.
Kemudian kepingan daging di letakkan di dalam kulit kentang digorang garing kekuningan. Dah masak, kami letakkan mash potatoes dan dihias. Mudahkan???
Alhamdulillah!!! Kami menang sorak. Ternyata ramai yang sokong kami kerana kami satu-satunya pasukan Duo Lelaki yang hebat… ekekekek… Menu kami memang sedap dan mencapai tahap rasa international, tetapi ternyata, menu masakan dari Sidney dan Elana berjaya menang hadiah pertama RM1,000. Menu Khai dan Nannie Isa menang hadia Kedua RM500 serta tidak ketinggalan Ayue dan Sherry Go menang tempat Ketiga dengan RM300.
Tahniah kepada pemenang dan terima kasih buat US Potatoes yang menjemput MrJocko dalam Cabaran Memasak Kentang US Potatoes Untuk Blogger. InsyaAllah, next cabaran kami nak menang pulak 🙂