Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cabaran Sebagai Seorang Blogger

Rata-rata sekarang, samada remaja sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti, alam pekerjaan dan juga golongan pesara sudah ramai yang pandai menulis blog. Ramai, terlalu ramai. Ramai yang menjadikan blog sebagai tempat mereka luahkan perasaan dan lebih ramai lagi yang menulis blog untuk mendapat perhatian pembaca-pembaca tertentu supaya blog mereka akan menjadi terkenal.
Bila terkenal, semestinya anda boleh mendapat manafaat dari penulisan blog anda. Boleh tambah income di blog, hasil dari iklan-iklan yang diletakkan di blog anda. Berbaloi bukan?
Tetapi cabaran menjadi seorang blogger memang bukan senang. Beberapa perkara perlu dihadapi oleh seorang blogger jika mereka mahu terus berjaya sebagai celebrity blogger.
Antara cabaran yang MrJocko kenalpasti :
1. Idea untuk menulis. Bukan senang untuk jadi blogger yang punyai identiti sendiri. Pada mulanya macam MrJocko, menulis apa sahaja yang terlintas, samada isu semasa, berita, sukan dan bila dah kehabisan idea, baru cerita pasal Personal Life. Kalau boleh, cari identity sendiri.
2, Usaha untuk tarik pembaca masuk ke blog. Kalau dulu tak banyak jaringan sosial untuk seorang blogger mengiklankan blog mereka. Kini, blogger boleh promote kan blog mereka seperti di Facebook, Twitter, Google, Ping Busuk, Blogr dan macam-macam lagi.
3. Penulisan yang berterusan. Kalau nak jadi blogger, kena la banyak menulis. Tambah-tambah lagi, blogger baru. Kena banyak menulis, tak kira la apa yang mahu di tulis kerana setiap patah perkataan itu akan menjadi salah satu faktor tarikan pembaca ke blog anda. Kalau updet blog seminggu sekali, susah la nak cari reader baru.

4. Pengurusan Blog yang baik. Bayangkan bila blog anda kena blog selama seminggu kerana dipercayai mengandungi Virus atau Malware. Mahu atau tidak, terpaksa ambik inisiatif kemas kini serta bersihkan blog dari bahaya ancaman Virus supaya pembaca dapat masuk ke blog kita dengan selamat. Siapa yang nak tanggung risiko masuk ke blog yang ada virus?
5.Disiplin untuk membaca dan buat blogwalking ke blog rakan-rakan blogger lain. Jika kita mahu orang lain masuk ke blog kita, apa salahnya kita baca dan komen blog rakan-rakan lain. InsyaAllah, mereka akan turut sama masuk dan membaca ke blog kita.
Selamat Menulis Blog.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.