Site icon Travel Blogger Malaysia

Cabin House Di Pinnacles Holiday Park Cervantes

Selain hotel, tempat penginapan yang wajib anda cuba jika ke Australia ialah penginapan di Cabin House, penginapan yang banyak disediakan di lokasi persinggahan Tapak Caravan dan Perkhemahan. Cabin House saiz sederhana ini juga amat popular dikalangan pelancong sebagai tempat istirehat setelah seharian memandu jauh. MrJocko memilih untuk menginap di Cervantes.

Memandangkan ini lokasi paling dekat dengan Nambung National Park, berdekatan dengan Pinnacles Desert dan sebuah pekan kecil bernama Cervantes, kami tiada pilihan lain. Sebab itu MrJocko tempah awal penginapan di Cabin House di sini dengan harga cuma RM199 sahaja untuk satu cabin, bersaiz 1 katil Queen dan 2 katil double decker.

Baca : Hotel 3 Star Murah di Perth Australia

 



 

Penginapan Bajet Pinnacles Holiday Park Cervantes

cabin house pinnacles holiday park

Ketika sampai, kami agak lewat. Oleh itu, kunci Cabin ditinggalkan di kotak hadapan di kaunter pendaftaran. Mudah sahaja, hanya ambil kunci dan terus ke cabin yang ditetapkan. Tidak jauh melepasi beberapa cabin lain dan juga beberapa ruang perkhemahan, kami sampai. Apa yang kami lihat, bilik cabin yang memang cantik dan berbaloi untuk penginapan kami sekeluarga.

Pinnacles Holiday Park

Pinnacles Holiday Park at Cervantes in Western Australia is renowned for its’ picturesque setting and beach front location. With a range of accommodation options from cabins to powered and unpowered caravan, RV and camping sites all located right on our beachfront property, Pinnacles Holiday Park is your natural choice for a short break away, an exciting adventure or an extended holiday destination.

Here you can enjoy the scenery of the beautiful beaches and also the famous lobster shop in Australia. You can choose to stay here with your caravan, cabin or camping with affordable price.

Pinnacles Holiday Park Cervantes

 



 

Jika anda ke sini dengan keluarga atau kawan-kawan, satu cabin saiz sederhana ini boleh memuatkan seramai 6 dewasa yang selesa. Tidak luas tetapi disusun dengan kemas dan cantik. Ruang dapur cukup untuk memasak untuk semua. Ada peti ais dan juga TV untuk hiburan.

Di luar, ada ruang meja untuk anda bersantai sambil menikmati kopi atau teh sambil berborak santai. Memang terbaik jika dapat menginap lama sikit di sini. Tambah pula, ruang BBQ di luar agak menarik. Kami tidak sempat untuk memasak BBQ kerana tidak punyai masa yang cukup :).

Cabin House Pinnacles Holiday Park Cervantes

 

The park provides access to toilets and bathrooms outside. It really is in a good and clean condition. They also include an open kitchen to their guests to cook and for the bbq. Those who stay here can use the equipment properly provided.

We are so lucky when our cabin house is just a few steps from the bathroom. That’s all we need since a kitchen, refrigerator and tv was already in our cabin.

Looking to experience this on your trip to Western Australia? Feel free to visit this website Pinnacles Holiday Park Cervantes

Exit mobile version