Cafe Little Zoo AEON Mall Makuhari Shintosan Chiba Jepun
|Lokasi untuk jalan-jalan window shopping paling selesa di Jepun ialah di AEON Mall. Kalau nak tahu, bila masuk saja bangunan AEON Mall di Jepun, kita akan terasa seperti berada di Malaysia, cuma pekerja sahaja yang berbeza, penuh dengan orang Jepun. Di dalam bangunan AEON Mall inilah kami rehat seketika jenguk Cafe Little Zoo AEON Mall Makuhari Shintosan Chiba Jepun.
Umpama mini zoo, kafe ini disusun dengan kemas sesuai untuk pengunjung yang sukakan haiwan-haiwan kecil santai sambil menikmati hidangan dan juga berain-main dengan beberapa haiwan yang diletakkan di dalam ruangan sangkar sekeliling kafe ini. Ia dikenali dengan nama Little Zoo Japan.
Baca : Pengalaman Kami Singgah Makan di Cafe Kucing Di Johor Bahru
Cafe Little Zoo AEON Mall Makuhari Shintosan Chiba Jepun
AEON Mall Makuhari ni, terletak di pinggir bandar Chiba. Cafe Little Zoo memiliki tarikan tersendiri sebagai tempat lepak yang sering dikunjungi orang ramai. Kafe ini menempati sebuah outlet biasa dan mempunyai populasi haiwan yang terdiri dari tiga falcon (yang biasa dipelihara di halaman depan). Di sini terdapat burung hantu, burung kakaktua, pelbagai jenis ular, kura-kura, anak ayam, arnab dan beberapa lagi haiwan reptilia lain yang biasa manusia pelihara.
Sebilangan besar pelanggan di sini adalah pencinta burung. Ada juga yang membawa haiwan peliharaan mereka, seperti burung hantu mereka sendiri untuk bermain dengan burung yang ada di sini.
Pelanggan boleh santai di sini untuk minum teh atau kopi serta menikmati hidangan kek yan gsedap. Atau mungkin, menikmati makan santai menu kari hijau gaya Thai dengan rasa enak dan agak pedas. Untuk masuk ke sini, tidak ada caj masuk, tetapi setiap pelanggan perlu memesan sesuatu di kaunter.
Sekiranya anda bernasib baik meminta izin, kakitangan akan membenarkan anda untuk bermain-main dengan haiwan peliharaan di sini, seperti burung hantu.
Saya sempat memegang burung kakaktua dan juga burung hantu ketika berkunjung ke sini. Seronok dengan gelagat haiwan peliharaan yang jinak, jarang kita rasa di tempat lain.
Sebab itu, saya syorkan, jika singgah di AEON Mall Makuhari Shintosan Chiba, ambil peluang untuk singgah masuk dan bermain dengan haiwan-haiwan di Litte Zoo Japan.