Canon EOS 5DS Dan EOS 5DSR Serta Camcorder XC10
|Canon, jenama pembuatan kamera paling terkenal di dunia kini dengan bangga membawakan 3 lagi model kamera DSLR dan Camcorder berdefinisi 4K yang akan menemui pelanggan dalam masa terdekat. Canon Malaysia memperkenalkan Canon EOS 5DS dan juga Canon EOS 5DSR untuk ketegori kamera DSLR dan turut memperkenalkan Canon XC10 bagi kategori Camcorder yang mempunyai fungsi rakaman 4K untuk kualiti terbaik.
Kedua-dua kamera Canon ini didatangkan dengan kualiti gambar dengan resolusi siza 50.6 megapixels, antara kualiti megapixels terbesar setakat ini untuk kategori DSLR. Kedua-dua kamera ini adalah mempunyai 35mm Full Frame CMOS Sensor dengan dual Digic 6 pemprosessan imej yang akan menghasilkan kualiti gambar yang mempunyai tinggi resolusi dan terbaik.
Baca : Kamera DSLR Terbaik Untuk Professional Malaysia
Canon EOS 5DS Dan EOS 5DSR Serta Camcorder XC10
Kamera Canon DSLR sememangnya punyai kualiti gambar terbaik!!!


Menurut Encik Wataru Nishioka, kedua kamera EOS 5D series baru ini menjadi satu titik tolak dalam perjalanan kamera Canon kerana kedua-dua kamera ini mempunyai kualiti megapixels yang paling tinggi dalam kelompok kamera formar 35mm. Kamera camcorder Canon XC10 pula menjadi satu produk terbaik Canon dengan kualiti rakaman 4K yang akan menghasilkan kualiti rakaman video 4K terbaik disamping boleh merakamkan gambar ‘digital still’ dengan kualiti yang setanding dengan kamera DSLR Canon yang lain.
Canon EOS 5DS dan Canon EOS 5DSR memang kamera DSLR TERBAIK setakat ini
MrJocko berpeluang mencuba Canon EOS 5DS dan Canon EOS 5DSR ini ketika majlis pelancaran ini. Satu ruang besar dibina untuk memberikan pengalaman menggunakan kamera Canon EOS 5D series ini dan juga Camcorder Canon XC10 ini kepada para media dan juga jurugambar professional.
Ternyata, kamera DSLR Canon professional ini akan menjadi pilihan ramai photographer (jurugambar) untuk kerja-kerja mereka. Secara peribadi, MrJocko turut teringin untuk dapatkan Canon EOS 5DS untuk kegunaan travel. Kalau dapat digandingkan body Canon EOS 5DS ini dengan lens wide 10-18 f4.5 dan juga Canon Tele Lens 70-200 f2.8 IS, sudah pasti akan menghasilkan kualiti gambar terbaik untuk travel MrJocko 🙂
Untuk makluman, Canon EOS 5DS dijual dengan harga RM13,999 dan Canon EOS 3DSR dijual dengan harga RM14,999 termasuk dengan 6% GST. Harga untuk Canon XC10 Camcorder masih belum diumumkan tetapi ia dijangka dijual dengan harga sekitar RM9,999.
Maklumat lanjut tentang produk-produk ini, anda boleh layari laman web Canon Malaysia Website Canon Malaysia