Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Canon Perkenal King Of EOS Di Kenali EOS 1D X Mark II

Setelah lama menunggu, photographer kini boleh tersenyum dengan pelancaran Canon EOS 1D X Mark II. Canon Malaysia telah melancarkan kamera profesional dalam keluarga DSLR di Malaysia dikenali dengan nama Canon EOS 1D X Mark II. Model ini, dicipta untuk photographer professional, dibina untuk menjadi kamera pro terbaik dalam pilihan kualiti gambar yang tajam, kelajuan ‘speed’ dan autofocus, kini dengan resolusi yang dipertingkatkan serta kelajuan ISO yang telah diperluaskan.

EOS-1D X Mark II dibuat untuk melengkapkan kepakaran dan kemahuan jurugambar pro dalam bidang penulisan, sukan dan fotografi hidupan liar. Untuk landskap dan warna, model jenis ini tetap menjadi pelengkap untuk mana-mana fotografi.

Canon EOS 1-D X Mark II

Sekali tengok kamera Pro dari Canon ini, MrJocko dah jatuh cinta. Sebagai seorang yang banyak travel, memang teringin nak guna kamera yang berkualiti tinggi seperti model EOS 1-D X Mark II ini.

Jika anda seorang yang mengambil kira dalam spesifikasi kamera, untuk info jenis ini mempunyai ‘Full Frame’ 35mm menggunakan bingkai CMOS sensor 20.2MP, punyai pemproses imej DIGIC Dual 6+ dan mengesankan kelajuan ISO berkembang sehingga 409,600.

Autofocus adalah turf 1D X Mark II. Dengan 360,000 piksel RGB + IR sensor pemeteran dan EOS sistem ITR AF baru, ia menetapkan satu standard baru dalam mengesan ketepatan.

canon power media launch 2016

pelancaran-eos-1-d-x-mark-ii pelancaran-eos-1-d-x-mark-ii pelancaran-eos-1-d-x-mark-ii pelancaran-eos-1-d-x-mark-ii eos-1-d-x-mark-ii

Model terbaru ini mempunyai 61 focus point, 21 cross-type point yang memang jauh lebih baik dari yang sebelumnya, Canon 1-D X yang hanya mempunyai 1 cross-type point. Dengan kelebihan ini, gambar sudah pastu lebih fokus dan lebih tajam dari yang sebelumnya.

Canon EOS 1-D X Mark II

Untuk kamera pro seperti Canon EOS 1-D X Mark II ni, sudah pasti ramai yang akan fokus kepada kelajuan ‘speed’. Bayangkan kelajuan ‘tembakan’ 14fps (14 kali rakaman dalam masa 1 saat) tembakan berterusan dengan kualiti AF penuh. Tambahan pula dengan fungsi yang menggunakan AE Max dalam mod Live View, ia boleh mencecah kelajuan 16fps. Wow!!! Mengagumkan.

Yang lain tentang kamera Kinng of EOS ini ialah seperti penambahan Dual Pixel CMOS AF (DAF), fungsi yang menyokong slot kad CF dan CFast, terbina Wi-Fi, terbina GPS. serta pemindahan fail melalui Wireless Pemancar Fail (WFT-E8D).

Kami juga, pihak media ditunjukkan bagaimana kamera pro ini berfungsi dengan baik serta teguh walaupun dalam keadaan percikan air, hentakan dan gegaran. Untuk pengguna yang memang lasak, kamera ini memang untuk anda.

Oh ya! Shutter untuk kamera ini boleh mencapai sehingga 400,000 kitaran dan ia mungkin boleh sampai lebih bergantung kepada penggunaan.

Mereka yang suka merakam video, kamera ini boleh merakam video berkualiti 4K sehingga 50/60p (terhad kepada 29min 59secs) dan Full HD sehingga 100/120P. Oleh itu. dengan resolusi kualiti video 4K, anda boleh dapatkan kualiti RMK-8 dari rakaman video ini.

canon-eos-80d canon-EOS80D-Kit-004 eos1300d-ef-s18-55is-ii_002 powershot-g7-x-mark-ii powershot-g7-x-mark-ii-02

printer-canon-selphy-cp1200

Sempena dengan majlis Pelancaran Canon EOS 1-D C Mark II ini, beberapa model kamera lain juga diperkenalkan kepada media termasuk model Canon EOS 80D, Canon EOS 1300D, PowerShot SX540HS, PowerShot SX720HS, PowerShot SX420IS, Canon IXUS 285HS, Canon IXUS 180, Canon IXUS 175,  Printer Canon SEPLHY CP1200. Manakali Canon PowerShot G7 X Mark II akan menemui pelanggan pada June 2016 nanti. 

Untuk senarai harga kamera Canon EOS, PowerShot, Canon IXUS dan juga Canon Printer, boleh semak di laman web Canon Malaysia : http://www.canon.com.my/home

canon-eos-80d-01

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.