Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Canon PowerShot G3 X Kamera Kompak Untuk Traveller

Canon mengumumkan pelancaran kamera kompak baru Canon PowerShot G3 X, kamera premium tinggi dengan kelebihan zoom kamera digital kompak baru dalam siri PowerShot G. Kamera ini mendapat kelebihan di dalamnya CMOS 1.0-inci sensor, membolehkan kamera untuk mencapai kualiti imej unggul walaupun dalam persekitaran cahaya rendah.

Kamera Canon PowerShot G3 X ini mempunyai jarak lensa sejauh 24-600mm dengan 25x optikal zoom dan dilengkapkan dengan fungsi ‘Zoom Framing Assist’, Fungsi ini sebenarnya satu fungsi terbaik dari Canon yang membuka satu rangkaian baru dalam pengimejan. Pengguna boleh merasai peningkatan kualiti rakaman filem melalui kamera  ini dengan fungsi sistem Dynamic Penstabilan Imej (IS), teknologi yang menstabilkan imej bergerak.

Baca : Kamera Yang Sesuai Untuk Travel



Canon PowerShot G3 X Kamera Kompak Untuk Traveller

Canon PowerShot G3 X Kamera Kompak harga di Malaysia

canon-powershot-g3x-3 canon-powershot-g3x-4 canon-powershot-g3x-5

canon-powershot-g3x-1

“Untuk pelancong yang selalu menggunakan kanta zoom yang jauh, kamera ini adalah serba boleh, Canon PowerShot G3 X ini memang pilihan terbaik kerana fokus zoom lensa yang memang jauh boleh merakam gambar-gambar yang jauh dengan mengekalkan kualiti gambar yang baik,” kata Donny Ling, Komunikasi Pengimejan Pengarah Jabatan Produk, Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd.

Canon PowerShot G3 X ini kamera yang berkuasa 1.0 inci sensor jenis imej dengan lensa yang panjang 24-600mm zoom dan keupayaan video dipertingkatkan pada PowerShot G3 X menjadikannya teman perjalanan yang sesuai dan anda sebagai pengembara akan yakin untuk menangkap pelbagai rakaman pengalaman sepanjang perjalanan. ”

Dengan fungsi skrin boleh aras ke hadapan ia kamera kompak Canon yang sangat sesuai untuk fungsi selfie samada seorang atau selfie berkumpulan. 

Untuk MrJocko, kamera jenis kompak Canon PowerShot G3 X ini memang kamera yang ditunggu-tunggu untuk kegunaan seharian atau sewaktu menghadiri ‘blogger’s event’ serta Media Trip ke mana-mana.

Dengan saiz kamera yang kecil dan kompak, ia senang di bawa ke mana-mana tetapi ia tetap menghasilkan kualiti gambar bersaiz maksima 20.2 mp memang ia satu gambar yang mengujakan. 

Spesifikasi asas kamera Canon PowerShot G3 X ialah seperti :

Lensa : 24-600mm f/2.8-5.6

Saiz Gambar : 20.2-megapixel

ISO : 125-12800

Harga untuk Canon PowerShot G3 X belum lagi dapat dipastikan tetapi khabarnya ia mungkin dijual dalam lingkungan harga RM2,890 di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, dapatkan info di laman web Canon Malaysia -> Compact Cameras

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.