Cantik Bunga Teratai Kembang Mekar Di Taichung Taiwan
|Sebenarnya MrJocko jarang melihat bunga Teratai semasa kat Malaysia. Ada banyak lokasi tempat bunga Teratai ni membiak seperti kawasan taman tasik, tetapi tidak berkesempatan melihat bunga Teratai berkembang mekar.
Rezeki kali ini melihat ada banyak bunga Teratai kembang mekar ketika di kolam air di kawasan Taichung. Walaupun berwarna putih, tetapi ia masih cantik dan unik.
Bunga Teratai Kembang Mekar
Kombinasi warna bunga Teratai kembang ini ada ditengah-tengahnya warna kuning serta kelopak putih nampak segar dan tenang dalam tasik. Ke ada Teratai warna lain selain putih dan kuning?
Kalau di Taiwan, bunga teratai antara bunga yang mereka suka. Ada kaitan dengan sejarah atau agama mereka mungkin?
Harap dapat lihat beberapa jenis bunga lain kembang di Taiwan, walaupun katanya ini musim luruh dan kini sedang memasuki musim winter.
Taiwan memang banyak lokasi pemandangan yang cantik. AirAsiaX menawarkan penerbangan pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Taipei sebanyak 2 penerbangan dalam masa sehari.