Site icon Travel Blogger Malaysia

Pemandangan Pulau Manukan Dan Pulau Dinawan Di Sabah Dari Udara

Sabah terkenal dengan banyak lokasi menarik dari puncak gunung sehingga dasar laut. Antaranya ialah kecantikkan pulau-pulau yang ada sekitar Sabah dan kawasan sekitarnya. Jika anda terbang dan mendarat di Kota Kinabalu, anda akan melihat sendiri pemandangan pulau-pulau sekitar Sabah yang indah dari atas pesawat.

Gambar ini MrJocko rakam ketika pesawat AirAsia sedang bersedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Kali ini MrJocko bernasib baik kerana duduk ditepi tingkap dan berpeluang menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah ini.

Subhanallah,,, Takjubnya keindahan alam yang ada di Sabah. Memang terkenal dengan keindahan dan tarikan pelancongannya dari dasar laut hingga ke puncak gunung tertinggi di Asia. Semuanya menakjubkan. Sebab itu, Sabah memang destinasi wajib lawat jika anda orang malaysia. 

Pulau Manukan Dan Pulau Dinawan

pulau-manukan-sabah

Cantikkan pemandangan pulau ini dari atas pesawat AirAsia?

Menurut Bro EzadSkyTech, gambar pertama adalah gambar Pulau Manukan dan Gambar kedua ialah Pulau Dinawan, di Sabah. Kalau dia tak tahu, memang MrJocko tak kenal mana satu nama pulau-pula udi Sabah ni.

 

Pulau Manukan dan Pulau Dinawan Di Sabah 

Terima kasih kepada Sabah Tourism dan AirAsia atas tajaan FAM Trip kali ini. #SabahTourism #AirAsia #GayaTravel #MajalahLIBUR

Exit mobile version