Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cantik Pembuatan Rumah Replika Di Kampung Morten

Kalau anda singgah di Melaka, jangan lupa masuk ke Kampung Morten. Cantik juga hasil Pembuatan Rumah Replika Di Kampung Morten yang diusahakan oleh seorang penduduk asal di sini. Kemahiran membuat rumah replika ini memang memukau sesiapa sahaja.

Bermula dengan minat suka-suka, ia kini menjadi pekerjaan sampingan beliau. Permintaan untuk rumah replika semakin mendapat tempat di hati peminat koleksi seperti ini. Ini kerana, hasil yang dibuat, memang menarik dan bermutu tinggi.

Baca : Program Travelogue Nota Kembara MrJocko TV1

 



 

Rumah Replika Tradisional

rumah replika di Melaka

 

Kalau sebelum ini, banyak replika rumah yang MrJocko lihat adalah rumah replika rumah model. Kini dengan koleksi replika rumah tradisional yang dipertontonkan ini, ia sedikit sebanyak memberi nafas baru dalam memperkenalkan budaya dan sejarah kaum-kaum di Malaysia kepada pelancong asing.

Antara yang menarik di sini ialah replika rumah Johor, replika rumah orang Asli Murut, rumah asli Negeri Sembilan dan pastinya rumah Melaka.

Setiap tempahan yang diterima dibuat sebaiknya dan ia mengikut spesifikasi yang asli. Pembuat rumah replika ini memilih untuk membuat rumah replika ini sebaik mungin mengikut ciri-ciri asal rumah tradisional seperti rumah yang sebenar.

 

 

 

 

 

 

 

 

rumah replika di Melaka rumah replika di Melaka

 

Tengok sahaja hasil yang dibuat kepada rumah Negeri Sembilan ini. Menarik bukan??? Hasil kerja yang halus, kemas dan teliti memberikan kualiti terbaik untuk banyak lagi koleksi replika rumah.

Satu rumah replika di Kampung Morten yang kecil biasanya dijual bermula dari harga RM200 setiap satu. Replika rumah tradisional yang besar dijual sehingga ada yang mencecah harga RM3,000. Pun begitu, kalau anda lihat sendiri, sudah pasti anda akan berpuas hati.

 

rumah replika di Melaka rumah replika di Melaka rumah replika di Melaka rumah replika di Melaka rumah replika di Melaka rumah replika di Melaka rumah replika di Melaka rumah replika di Melaka

 

 

Banyak lagi yang menarik jika berkunjung ke sini. Masuk percuma, cuma kalau boleh anda hubungi dulu pemilik rumah berkenaan untuk memudahkan anda melihat koleksi rumah replika yang beliau ada.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.