Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Langkah dan Cara Aktifkan Kad ATM Maybank Di Luar Negara

Untuk mereka yang seringkali travel ke luar negara, kesempitan duit dikala kecemasan memang sesuatu yang perlu dipandang serius. Ramai antara kita ada punyai Kad Kredit dan ramai juga yang hanya sekadar mempunyai Kad Debit ATM biasa. Jangan bimbang, kedua kad ini, termasuk Kad kredit dan kad ATM boleh diaktifkan. Ini Cara Aktifkan Kad ATM Maybank Di Luar Negara

MrJocko nak kongsi sedikit ‘cara aktifkan Kad ATM Maybank’ ketika di luar negara ketika perlu. Dengan aktifkan kad ATM anda di luar negara anda boleh mengeluarkan wang yang ada dalam akaun bank anda untuk  digunakan di negara tempat anda berada.

Baca : Tutorial Reset Password Maybank2U Online



Cara Aktifkan Kad ATM Maybank di Luar Negara

Step 1 : Jika anda guna akaun Maybank, anda perlu log in ke akaun Maybank2U anda dengan menggunakan User Id dan Password yang biasa. Tetapi pastikan anda log in dengan cara yang selamat supaya info kad online anda tidak di curi.
 

Cara Aktifkan Kad ATM di luar negara

 

Step 2 : Selepas log in anda harus memilih bahagian ATM/Debit Card Management

Step 3 : Pilih bahagian Overseas ATM Facility untuk membolehkan anda menggunakan ATM Kad anda di ATM Machines di negara tempat anda berada.

 

Cara Aktifkan ATM Maybank Di Luar Negara

 

Step 4 : Pilih Kad ATM anda dan klik kepada “Activation”

Cara Aktifkan Kad ATM Maybank

 

Step 5 : Anda perlu dapatkan No TAC untuk mengesahkan setting pilihan Aktifkan Kad ATM di luar negara ini. Anda akan menerima No TAC dan kemudian isikan untuk pengesahan. 

 

Cara Aktifkan Kad ATM Maybank

 

Step 6 : Terima SMS No TAC anda dan anda sudah berjaya untuk aktfkan Kad ATM maybank anda di luar negara. 

p/s : Anda boleh tetapkan masa aktif Kad ATM anda di ruangan yang disediakan sebelum penegesahan TAC

Alahamdulillah, tidak sampai beberapa minit selepas peengesahan, MrJocko sudah boleh menggunakan Kad ATM Maybank di mana-mana mesin ATM yang mempunyai simbol MEPS, VISA dan berkaitan di Bangkok.

Untuk info, MrJocko mengeluarkan sebanyak Baht 5,000 di ATM di Bangkok dan dikenakan Charge sebanyak RM631 di dalam tarnsaksi akaun. Rasanya rate yang dikenakan adalah rate semasa Money Changer Maybank di Malaysia. Ok la kan?

Jadi, untuk memudahkan anda cara aktifkan Kad ATM anda ketika di luar negara, pastikan anda mempunyai kemudahan Maybank2U untuk urusan online yang lebih selamat.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.