Cara Bagaimana SETERIKA Lencana Sekolah yang BETUL
|Musim sekolah dibuka kini kembali. Anak-anak dah mula kembali ke sekolah. Maka, anak-anak dapat la lencana sekolah yang baru untuk digunakan. Korang mesti tahu cara-cara seterika Lencana Sekolah kat baju korang. Atau masih belum tahu cara bagaimana SETERIKA lencana sekolah yang BETUL.
Teringat dulu masa aku mula-mula nak belajar seterika lencana sekolah kat baju. Confident jer letak, pakai seterika, alih-alih logo tu renyuk dan rosak pasal seterika terlalu panas. 😉 Nasib baik ketika itu tak terkena tangan. Kalau tidak, harus la melecur sebab seterika ni panas,,,
So, kali ni ada peluang buat balik. Kali ni nak lekatkan lencana sekolah kat baju anak pula. Tak mahu lencana rosak akibat panas seterika. Atau tak mahu lencana sekolah terkoyak dan senget akibat jahit tak betul.
Bagaimana cara nak seterika lencana sekolah?
Mula-mula, panaskan seterika dalam level sederhana. Carikan kertas putih yang sesuai untuk di jadikan lapik. Letak logo lencana di tempat sepatutnya. Spray dengan sedikit air. Tekapkan dengan kertas putih di atas logo Lencana Sekolah. Kemudian seterika tempat tersebut dengan berhati- hati.
Sebaiknya kalau nak seterika lencana sekolah, jangan letakkan level terlalu panas di seterika. Nanti lencana sekolah anak korang akan rosak. pakai level 1 atau 2 dah okay. Tapi kena la sabar kalau nak seterika lencan sekolah ni untuk dapatkan hasil terbaik.
Hasilnya, mesti melekat dan lencana tidak rosak atau terbakar.
Selamat Mencuba. 😉
MrJocko.com
saya mesti rendam habis2an lencana tu…dan letak elok2..pastu seterika make sure minimum..tekap angkat sambil naikkan suhu…ataupun tetapkan suhu yang sesuai..sebelum die panas…maksudnya yang mild2..dah siap2 tekap angkat…nnti sama jugak result..tak renyuk dan cantik..hehhee.. =p
Lambat,,, hahaha
sib baik baju my son beli dah siap tertempek lencananya.. 😉
pakai stapler boleh tak pakcik? hehehee
Hahaha,
Masa sekolah dulu member aku pernah pakai stapler…
letak kertas atau kain batik..pun ok gak.
kalau tak, jahit je.