Cara Bayar Parking Untuk MBPJ di TTDI
|Selasa lepas badan rasa tak sihat. Macam nak demam. Kalau dah demam, mesti la tak boleh kerja. So, tak boleh kerja, kena ada MC baru la boleh tak datang kerja. Selalunya macam tu la normal kehidupan kalau kerja dengan syarikat.
Eh! Apa yang aku merepek ni???
Cara Bayar Parking Untuk MBPJ
Nak bangun awal pagi, punya la pening. Rest dulu sampai tengahari sikit. Kemudian siap mandi semua, drive ke Klinik Akashah di Taman SPPK, alamak, tutup dan bukak balik jam 5.00 petang. Lama tu. Camana???
Aku tukar destinasi, terpaksa drive ke Klinik Famili TTDI dan jumpa doktor sana. Dah sampai, kebetulan ada ruang parking kosong, masuk dan terus park. Masa nak keluar baru perasan, kena bayar parking la, kalau tak nanti kena saman. Erm,,, seluk la lubang-lubang dalam kereta aku, cari duit syiling. Payah betul. Korek sana, korek sini, akhirnya dapat jugak…. Alamak, ni syiling 50 sen baru, mana mesin parking ni nak terima??? Camana ni???
Selok lagi, korek lagi kiri kanan, atas bawah, angkat carpet, akhirnya dapat juga jumpa syiling lebihan yang ada. Nasib baik boleh bayar duit parking yang dikenakan oleh MBPJ. Aku bayar minima jer pun RM0.50 sen untuk sejam. Jadi la, Lagipun aku parkir sebab nak jumpa doktor kejap jer…
Harap tak lama la duduk dalam klinik dan jumpa doktor supaya tak kena saman dengan MBPJ.
Cara Bayar Parking Untuk MBPJ
MrJocko.com