Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cara Beli Barang Online Di EZBuy Bayar Guna maybank2u

Minggu lepas MrJocko hadiri satu ‘workshop’ anjuran EZBUY Malaysia. Dalam workshop ini, mereka berkongsi cara mudah untuk shopping online di laman web www.ezbuy.my. Jadi, MrJocko dah cuba dan nak kongsi Cara Beli Barang Online Di EZBuy Malaysia Bayar Guna maybank2u. Ini adalah percubaan pertama dan ia memang mudah shopping di laman web online EZBuy Malaysia

Memandangkan mereka sedang mempromosikan ‘ ezbuy Prime’, MrJocko cuba untuk daftar ‘Prime Trial’ dengan harga RM18.80. Dengan harga ini, anda boleh beli barang di EZBuy dan dihantar menggunakan ‘International Shipping’ dengan hanya harga RM8.80 sahaja, tidak kira saiz atau berat barangan tersebut. Menarik bukan?

Cara Beli Barang Online Di EZBuy Malaysia

Cara Beli Barang Online Di EZBuy

 

Okay, perkara pertama yang korang perlu buat ialah daftar dulu di laman web www.ezbuy.my

1. Daftar di ezbuy Malaysia

Cara Beli Barang Online Di EZBuy

 

2. Cari produk yang anda nak beli. Ada jutaan pilihan produk di EZBuy Malaysia, termasuk poduk pakaian lelaki, pakaian wanita, aksesori wanita, gadget, luggage, beg dan macam-macam lagi produk dari Korea, China dan seluruh dunia.

Cara Beli Barang Online Di EZBuy

 

3. Dah pilih barang? Macam MrJocko, nak beli luggage beg sebesar 24 Inci dengan harga cuma RM85 sahaja. Termasuk delivery RM8.80, cuma RM93.80 sahaja. 

 

Cara Beli Barang Online Di EZBuy

 

4. Semak balik apa yang korang beli. Mana tahu salah pilih saiz atau jenis. Bila dah confirm, baru la klik ‘Checkout’ dan ‘Payment’.

 

Cara Beli Barang Online Di EZBuy

 

5. Pilih cara delivery. Macam MrJocko, nak pilih ambil sahaja di lokasi di One Utama Shopping Centre. Mudah. Kalau nak hantar ke rumah atau ke pejabat pun boleh.

 

Cara Beli Barang Online Di EZBuy

 

7. Guna Voucher atau Coupon Code jika ada. MrJocko ada Voucher Discount RM30 untuk pembelian lebih dari RM60. Jadi, kena la guna. Klik sahaja CASH VOUCHER tersebut. Ia akan automatik ditolak dalam pembayaran anda.

 

Cara Beli Barang Online Di EZBuy

 

8. Confirmkan penebusan Voucher atau Coupon anda. Ia akan tunjukkan harga baru selepas diskaun. Sekarang, harga cuma RM49.51 sahaja.

 

Cara Beli Barang Online Di EZBuy

 

9. Klik ‘Pay Now’. Ia akan bawa anda untuk pilih cara pembayaran. MrJocko pilih pembayaran guna maybank2u. Sistem akan bawa anda ke laman web maybank2u dan isikan informasi login maybank2u anda. Jangan risau, ia adalah selamat dan menggunakan sistem pembayaran MOL.

 

Cara Beli Barang Online Di EZBuy

 

10. Isikan password, kemudian request TAC Code. Dah dapat isikan TAC dan semuanya selesai. Anda sudah berjaya membeli belah di laman web EZBuy Malaysia menggunakan maybank2u online.

 

Cara Beli Barang Online Di EZBuy

 

 

Selepas selesai, anda akan menerima notifikasi dari EZBuy tentang pembelian yang dibuat. InsyaAllah, barang anda akan dihantar dalam tempoh yang dicadangkan. Untuk bagasi luggage MrJocko ini, andaian ialah dalam masa 20 hari. Ok la kot. Janji sampai.

Jadi, itulah dia Cara Beli Barang Online Di EZBuy guna maybank2u. Mudah dan cepat, tak perlu nak susah susah pergi ke outlet. Duduk kat rumah atau pejabat pun dah boleh shopping online.

Selamat Ber’shopping’ ya!!!

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.