Cara Buat Visa Ke Negara China Bayar Cuma RM100 Sahaja
|Sebelum nak melancong ke negara China, rakyat Malaysia adalah ‘Wajib’ memohon dan mendapat kelulusan Visa Perjalanan untuk ke destinasi tersebut. Kalau nak senang, bayar sahaja agent travel untuk buat bagi pihak anda. tetapi, kalau nak jimat, boleh ikut Cara Buat Visa Ke Negara China Bayar Cuma RM100 Sahaja, mengikut pengalaman MrJocko.
Untuk info, rakyat Malaysia yang nak melancong ke negara China, mesti punyai Visa Perjalanan yang sah. ‘Single Entry’ kemasukkan untuk sekali guna, ‘Double Entry’ untuk masuk dua kali ke negara tersebut dan juga ada ‘Multiple Entry’ untuk kemasukkan beberapa kali ke China dalam tempoh masa tertentu.
Baca : MrJocko dan Cerita Pengalaman Melancong ke China
Cara Buat Visa Ke Negara China Bayar Cuma RM100 Sahaja
Asalnya kami nak suruh travel agent yang buatkan untuk kami, tetapi kerana charge yang dikenakan ialah RM150 bagi permohonan Single Entry (RM100), maka kami putuskan untuk buat sendiri memandangkan lokasi tempat memohon Visa Perjalanan ke negara China ini terletak di tengah Kuala Lumpur dan mudah akses.
Apa yang perlu anda buat untuk memohon Visa Perjalanan China?
1. Sediakan Gambar Ukuran Passport Untuk Ke China dengan Gambar berlatar belakangkan warna Putih;
2. Passport Yang Sah Tempoh;
3. Borang Permohonan Visa Ke Negara China;
(Boleh download di sini Borang Visa Ke China)
4. Hantar Borang Permohonan di China Visa Application Service Centre di alamat 157 Hampshire Place Office, Level 5 & 6, 157, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pejabat ini dibuka dari jam 9.00 pagi hingga jam 3.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat;
5. Selepas 4 hari wktu bekerja, Visa yang diluluskan boleh diambil di pejabat tersebut dengan bayaran tertentu mengikut ‘entry’ kemasukkan yang dipohon;
Untuk menyemak kos bayaran Visa ke Negara China, boleh lihat harga bayaran Visa China di jadual di bawah.
Kos bayaran untuk single entry ke negara China hanya RM100 sahaja. Tetapi, kalau anda memang cadang nak travel banyak lokasi di China selepas ini, mohon terus untuk permohonan Multiple Entry.
Macam kami, terpaksa memohon double entry, untuk masuk 2 kali ke China sebab pada hari keempat, kami keluar ke Hong Kong selama satu hari satu malam dan kembai ke Guangzhou untuk perjalanan seterusnya.
Untuk lebih mudah ini perjalanan kami, Kuala Lumpur – Guangzhou – Hong Kong – Guangzhou – Kuala Lumpur. Sebab itu, kami kena memohon double entry untuk tujuan perjalanan ini.
Untuk kos Visa Perjalanan kami ke China, setiap orang dikenakan sebanyak RM120 sahaja. Kalau kami upah agent, kami dikenakan kos RM170 bagi setiap orang.
Kesimpulannya, kalau anda berada di Kuala Lumpur, sangat mudah untuk urusan membuat Visa Perjalanan ke Negara China. Untuk isi borang juga, ada disediakan format asas untuk anda ikut. Isikan sekejap, submit, InsyaAllah kalau tiada masalah dalam masa 4 hari ia siap.