Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pertama Kali Ke Stesen Minyak Cara Isi Minyak Petrol Di Australia

Ini memang sesuatu yang baru bagi MrJocko. Cara isi minyak Petrol di Australia berbeza dengan cara kita di Malaysia. Rasa kekok sedikit bila pertama kali isi minyak kereta ketika memandu dari kota Perth menuju ke Cervantes dan kemudian kembali ke Bunbury. Selalu di Malaysia, isi minyak dah biasa dengan warna minyak RON95 dan RON97.

Untuk perjalanan dengan pemanduan biasa sejauh lebih kurang 500km ini, MrJocko terpaksa mengisi minyak kereta sebanyak 2 kali untuk memastikan kami tidak terkandas di tengah jalan. Lagipun kena isi minyak lebih awal kerana lokasi stesen minyak dari satu lokasi ke lokasi lain agak jauh dan kami tidak biasa dengan jalanraya di Australia.

Baca : Road Trip Dari Perth Ke Lancelin

Cara Isi Minyak Petrol Di Australia

 


Pertama Kali Ke Stesen Minyak Cara Isi Minyak Petrol Di Australia Berbeza

Cara isi minyak kereta di Australia
 

Meman tak boleh lupa pengalaman kali pertama isi minyak kereta di Cervantes, berdekatan dengan Pinnacles Holiday Park. Mula-mula MrJocko masuk ke kaunter untuk bayar duit minyak. Sekali Cashier beritahu, pilih sahaja minyak yang kami mahu, isi sebanyak mana yang kami mahu dan kemudian masuk ke kaunter Cashier untuk bayar. Wah!!! Beza dengan kita di Malaysia.

Kalau kita di Malaysia, nak isi minyak, kena bayar dulu atau swipe credit card. Isi minyak petrol atau diesel dan ambil resit. Tetapi di Australia, anda boleh mengisi minyak terlebih dahulu, sebanyak mana anda mahu. Dah selesai, masuk ke kaunter dan sebutkan Pam No dan bayar. 

Kalau di Malaysia, isi dulu dan kemudian bayar, rasanya ramai yang lepas isi mungkin akan lari terus tak nak bayar,,, hahahaha!!!

Baca : Visit Western Australia dengan Road Trip

Cara Isi Minyak Petrol Di Australia Berbeza

Ini antara pengalaman baru untuk MrJocko dan keluarga. Ia mungkin nampak simple, tetapi ia pengalaman baru dan tidak ada di Malaysia. Kalau korang yang dah biasa travel ke negara Eropah, mungkin sudah biasa denagn cara mengisi minyak petrol macam ni kot?
 

cara isi minyak kereta di Australia 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.