Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cara Kemas Pakaian Ke Dalam Beg Bagasi Cara Blogger

Ramai yang mungkin nak tahu tips untuk kemas beg bila travel ke luar negara. Ada macam-macam cara untuk kemas beg mengikut cara yang anda suka. Ada yang guna pump vacuum sedut kasi nipis, ada yang pilih baju jenis kain yang tak tebal, ada yang gulung baju nampak macam kuih bantal buruk dan macam-macam lagi.

Ini semua pelbagai cara kemas bagasi cepat cara masing-masing. Cepat dan kadang-kadang menjimatkan ruang beg supaya padat dan tidak membazirkan ruang kosong.

Bagi MrJocko, cara gulung T-shirt dan seluar ke dalam bagasi beg travel cara yang paling mudah untuk padatkan beg. Cara ini juga memudahkan susun pakaian ke dalam beg dan meilih pakaian tersebut.

Jom lihat cara MrJocko kemas pakaian baju-baju ke dalam beg, ketika sesi kemas untuk pulang dari Dubai Trip bulan Oktober yang lepas. Saksikan YouTube Rosmadi Shakri (MrJocko) bertajuk Packing Home Dubai Part 1 dan juga Packing Home Dubai Part 2.

Selamat menonton 🙂

Cara Kemas Pakaian Ke Dalam Beg Bagasi

cara kemas pakaian ke dalam beg bagasi

 

Lain orang, lain cara ketika travel. Jenis yang suka bawa Tshirt sahaja dan seluar pendek ketika travel, mungkin mudah untuk kemas pakaian ke dalam beg ketika travel. Tetapi jenis yang suka pakai seluar jeans, pakai baju kemeja, bawak baju sejuk, tidak semudah menggulung baju seperti biasa.

 

Baca : MrJocko dan Tips Travel

Packing Home Dubai Part 1

 

Packing Home Dubai Part 2

Ini cara saya packing. Paling senang rasanya setakat ini. Tapi memang mula-mula nak buat, bersepah juga sebab kena pandai pilih mana satu nak susun dulu.

Mungkin korang ada cara lebih mudah untuk kemas barang dalam beg bagasi. Kalau ada cara yang lebih mudah, cepat dan tepat, kongsi la kat ruangan komen.

Ini satu lagi cara mereka Packing Travel

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.