Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cara Memasak Telor Separuh Masak

Aku suka makan telor separuh masak. Anak aku pun suka makan telor separuh masak. Memang kalau setakat dua biji seorang memang tak cukup. Tapi, itu la peraturannya, tak boleh makan telor separuh masak lebih dari dua biji. Kenapa? Kerana telor kuning itu, kalau berlebihan tidak la bagus untuk kesihatan. Ini Cara Memasak Telor Separuh Masak
Bulan lepas, isteri tersayang ada membeli bekas untuk memasak telor separuh masak. Katanya memang ada jual kat kedai. So, kali ni aku sendiri buat. Caranya sangat la mudah. Ikuti langkah-langkah yang perlu korang buat apabila nak memasak telor separuh masak.

Baca : MrJocko Pun Pandai Memasak Resipi

Cara Memasak Telor Separuh Masak

Mula-mula masukkan telor dalam bekas yang di sediakan. Tuang air panas mengikut sukatan yang di perlukan. Sebagai contoh, kalau 2 biji telor, kena isi air panas yang baru mendidih ke takat tanda aras 2 biji telor.

Tutup bekas dengan rapat dan biarkan air tersebut kering dengan sendiri. Ada lubang kecil yang akan mengeluarkan air panas tersebut selepas telor itu masak separuh. Dah selesai, boleh makan.

Hasilnya cukup marvellous. Tak sempat aku nak ambik gambar, semua sudah habis di makan. Memang sedap. Cuba sendiri yer. Bekas masak telor ni aku tak tau harganya, cuma aku agak sekitar RM5 kot… 🙂
MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.