Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Penggambaran Cara Membuat Keris dan Golok di Kedah

Penggambaran Cara Membuat Keris dan Golok di Kedah memberikan MrJocko satu pengalaman yang unik sebenarnya. Berada di Pendang, Kedah, jauh ke dalam kampung, kami berjumpa dengan En Adi yang masih lagi mengusahakan pembuatan Keris bersama dengan bapa beliau.

Berlatarbelakangkan sawah padi yang luas dan jalan kampung yang sempit, orang kampung di sini memang peramah dan sangat baik. Sampai kini teringat kemesraan orang Kampung Gelong Gajah, Pendang.

Baca : Harga Tiket Ke Menara Alor Setar Kedah Darul Aman

Cara Membuat Keris dan Golok di Kedah

 


Penggambaran Cara Membuat Keris dan Golok di Kedah


 

Jarang sekali MrJocko dapat pegang keris. Kali ini, bukan sahaja keris, tetapi pisau, golok, parang dan semestinya keris yang lama dapat MrJocko lihat dari dekat bila bersama-sama mereka yang pakar tentang keris dan membuat keris. Banyak rahsia cara buat keris, cara menjaga keris dan info-info lain tentang keris yang MrJocko pelajari.
 


 

Cara Membuat Keris dan Golok di Kedah

Ada banyak sebenarnya koleksi keris yang di buat di sini. Mereka boleh buat keris baru menggunakan besi biasa, besi dari tempahan khas dan macam-macam lagi. Mereka juga boleh membaiki dan betulkan keris lama. Samada jenis keris biasa atau keris tempah khas, harga tempahan keris yang dijual berbeza mengikut kualiti besi, bentuk, corak sarung dan juga ukiran yang terletak di hulu dan sarung.

Kalau setakat keris biasa, ia dijual dengan harga sekitar RM200-RM300 pun sudah boleh di beli. Namun, kalau ia dijual diluar negara, harga pasaran keris seperti ini dijual dengan harga sekitar RM300 ke RM ribuan ringgit. Belum lagi dikira dengan keris buatan khas, tempahan unik serta dari bahan-bahan yang lagi padu. Harga keris tempahan khas boleh menjangkau hingga puluhan ribu ringgit.

Memang di dalam perancangan, teringin nak simpan satu keris, tetapi katanya, keris ini sebenarnya ada banyak pantang larang. Kalau zaman dulu-dulu, antara yang dibimbangkan ialah keris makan tuan.

Kalau nak tahu kat mana nak tempah keris cantik seperti ini dengan harga murah, boleh terus hubungi MrJocko di akaun email. 🙂

8 Comments

    Add a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.