Site icon Travel Blogger Malaysia

Tips Travel Cara Mohon Refund Tiket AirAsia Guna Website

Mungkin ada antara kita yang ada beberapa kali terpaksa membatalkan rancangan untuk terbang dengan AirAsia di saat-saat akhir. Seperti waktu Wabak Virus dari Wuhan China ini, ramai yang sudah beli tiket ke sana pasti akan pilih untuk tunda atau batalkan penerbangan. Ini Tips Travel Cara Mohon Refund Tiket AirAsia Guna Website.

Bukan itu sahaja, Tips Travel Cara Mohon Refund Tiket AirAsia Guna Website ini juga boleh digunakan jika sekiranya anda terlepas untuk menaiki penerbangan AirAsia. Tips ini dikongsi oleh seorang pengguna AirAsia di laman Facebook Group Backpackers Buddies Malaysia.

Baca : Pengalaman Beli Tiket Murah AirAsia dan AirAsiaX



Tips Travel Cara Mohon Refund Tiket AirAsia Guna Website

Cara-Mohon-Refund-Tiket-AirAsia-01 copy
 

Menurut rakan pengembara ini dia terpaksa batalkan hasrat untuk ke Myanmar kerana baru masuk kerja. Apa yang diberitahu, Harga tiket pergi dan balik KL-Yangon-KL sekitar RM185. Selepas membuat urusan refund tiket di laman web AirAsia, beliau berjaya mendapat duit ‘refund’ sejumlah RM141. Dia hanya rugi sekitar RM44 sahaja.

Anda mesti nak tahu caranya, boleh ikuti langkah-langkah berikut:

– Buka website AirAsia atau AirAsia App
– Chat with AVA
– Pilih Refund
– AirAsia New Refund Request
– Airport Tax Refund
– Masukkan booking number flight anda
– Masukkan reason kenapa anda nak refund
– Pilihan anda samada nak refund dalam bentuk Credit Account AirAsia atau ia dimasukkan ke dalam akaun bank anda. (Untuk info, kredit dalam accout AirAsia ada validation date dan boleh digunakan hingga sesuatu tempoh sahaja. Kalau lambat nak guna, ia mungkin akan hangus)
– Selesai semua butir-butir tersebut, tunggu sehingga jawapan balas email dari pihak AirAsia samada berjaya atau tidak.
– Kebiasaannya ia akan diuruskan dalam masa seminggu.
– Setiap permohohan untuk refund, mesti dibuat dalam masa 6 bulan dari tarikh flight tersebut.
 

Cara Mohon Refund Tiket AirAsia

 



Ada juga dalam beberapa kes, bila mohon untuk refund duit tiket AirAsia tidak berjaya. Tetapi, apa salahnya kalau anda cuba. Mana tahu dengan sebab yang logik dan betul, sekurang-kurangnya anda boleh dapat balik duit yang telah dibayar.

Untuk Tips Travel ini, terima kasih kepada perkongsian Syafaa Sharrafah.

Sumber dari Pengguna Facebook : Syafaa Sharrafah Backpackers Buddies Malaysia

Exit mobile version