Bagaimana Cara Mohon Visa Ke Australia Temporary Work
|Permulaan yang bagus untuk MrJocko pada tahun baru 2015, MrJocko di jemput untuk sertai Jemputan Khas dari pihak Emirates dan juga Tourism Victoria, Australia untuk ke Media FAM Trip ke Melbourne selama 7 hari 6 malam. Setakat ini, ini merupakan Media FAM Trip paling Eksklusif dan paling lama yang MrJocko sertai sejak beberapa tahun yang lepas. Jadi kena la apply Visa ke Australia. Ini entry Cara Mohon Visa Ke Australia Temporary Work.
Untuk trip ke Australia, kita sebagai orang Malaysia memerlukan VISA untuk masuk ke negara tersebut. Permohonan VISA ke Australia adalah sesuatu yang wajib untuk dilakukan sebagai syarat tambahan kepada Passport.
Baca : Negara Yang Tidak Perlukan Visa Bagi Orang Malaysia
Cara Mohon Visa Ke Australia Temporary Work
MrJocko akan share sedikit, cara mohon Visa Kerja Sementara untuk ke Australia sebagai panduan kepada rakan-rakan yang akan ke sana.
1. Sila ke laman web http://www.immi.gov.au/Services/Pages/visitor-visa-online-applications.aspx dan anda akan di bawa ke laman web seperti ini.
Cara Mohon Visa Ke Australia
2. Pilih jenis Visa mana yang anda perlukan dan isi borang yang di perlukan. Sebagai contoh, untuk trip ke Australia ini, MrJocko isi ‘Application For A Temporary Work (Short Stay Activity) Visa’ – Code 400.
3. Isi maklumat yang diperlukan. Untuk pilihan Visa MrJocko ini, ada 20 Soalan Wajib yang perlu MrJocko isikan. Pastikan anda mengisi maklumat dengan betul supaya permohonan Visa ke Australia ini akan dapat di proses dengan cepat dan mudah.
4. Setelah selesai mengisi semua maklumat yang diperlukan, anda harus semak untuk memastikan maklumat anda betul. Bila dah segalanya cukup dan yakin, klik butang SUBMIT.
5. Selepas permohonan Visa anda ke Australia dihantar, anda akan di bawa ke page ini, ‘Make A Payment’ untuk bayaran Visa ke Australia. Untuk makluman anda, bayaran untuk permohonan Visa ke Australia terkini ialah sebanyak AUD 165.00. Anda boleh bayar Visa ke Australia ini menggunakan Kad Kredit terpilih.
6. Setelah selesai anda membuat pembayaran, baru permohonan anda akan di proses. Biasanya, proses permohonan Visa ke Australia ini akan mengambil masa dalam 7 hari atau Satu (1) Minggu.
7. Selepas Satu (1) Minggu anda boleh semak status permohonan di laman web yang sama —> http://www.immi.gov.au/Services/Pages/visitor-visa-online-applications.aspx
Selamat mencuba. MrJocko sedang menunggu status permohonan Visa ke Australia. Harap-harap tidak ada masalah dan dapat di selesaikan dengan segera. InsyaAllah, dua minggu lagi MrJocko akan ke Melbourne.
p/s : Untuk anda yang ingin melawat Australia bertujuan MELANCONG dan tak lebih dari 6 bulan, anda cuma perlu mohon ETA (Electronic Travel Authority – Subclass 601) dengan bayaran cuma AUD20 seperti yang pernah MrJocko mohon pada tahun 2010 sewaktu ke Gold Coast.
Hi mr.jocko..sy nk tnya pasal proses bwt visa ni..kalo dri singapore.kna byr smpi 1.8sgd k???kenapa kna byr smpi mcm ni??