Cara Mudah Ke Bandar Udara Komodo Di Flores Indonesia
|Dua tahun yang lepas, MrJocko pernah terbang ke Flores, Indonesia. Masa itu, kami ke perkampungan Wae Rebo. Sejak dari MEDIA Trip tersebut, ramai pembaca dan rakan yang bertanya, apakah Cara Mudah Ke Bandar Udara Komodo Di Flores Indonesia dari Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA atau KLIA2?
Untuk info ringkas, kalau nak terbang dari satu lapangan terbang ke lapangan terbang di Indonesia, sudah pasti lebih mudah dan banyak jaringan menggunakan Garuda Indonesia. Itu sudah pasti. Boleh semak tempahan di laman web Garuda Indonesia.
Cara Mudah Ke Bandar Udara Komodo Di Flores Indonesia
Flores adalah antara destinasi sangat-sangat ideal untuk mereka yang sukakan pantai, pulau dan juga keindahan alam – MrJocko
Kalau mengikut pengalaman MrJocko, menaiki penerbangan dari KLIA2 menuju ke Bandar Udara Ngurah Rai dan kemudian menuju ke Bandar Udara Komodo di Labuan Bajo adalah cara paling cepat dah mudah untuk ke Flores.
Sebelum ini, kami terbang dengan pesawat AirAsia menuju ke Bali, dan dari Bali kami ke Flores dengan pesawat Garuda Air ATR72-600. Ketika itu penerbangan KLIA2 menuju Bali sekitar jam 7.20 pagi dan sampai di Bandar Udara Ngurah Rai Bali jam 10.45 pagi.
Selepas itu, kami ambil penerbangan Garuda Air menuju ke Bandar Udara Komodo di Labuan Bajo jam 2.10 petang dan mendarat sejam kemudian.
Baca link di bawah :
http://www.mrjocko.com/2017/09/flight-ke-pulau-flores-labuan-bajo.html
Maaf untuk harga penerbangan AirAsia dari KLIA2 ke Bali tidak ada info kerana ia ditaja oleh Tourism Indonesia, begitu juga dengan penerbangan dari Bali ke Labuan Bajo.
Namun untuk pilihan yang lebih murah, boleh cuba penerbangan Garuda Air dari KLIA menuju ke Labuan Bajo, transit di Jakarta.
Harga untuk penerbangan pergi dan balik dari KLIA atau KLIA2 agak murah, tetapi anda akan terpaksa transit samada di Jakarta ataupun di Bali. Bagi yang tak nak ‘rush’, ia tidak jadi masalah sebab mungkin boleh keluar ke Jakarta dan terbang keesokkan hari. Tapi, kalau nak cepat, ikut sahaja cara MrJocko. Guna kombinasi AirAsia dan Garuda Air.
Yang pasti, kalau terbang dengan Garuda Air dari Bali menuju Labuan Bajo, pemandangan sepanjang perjalanan memang sangat memukau. Dari dalam pesawat boleh melihat puncak Gunung Rinjani dan beberapa lagi puncak bukit dan gunung yang cantik di Indonesia.
Tambahan pula, bila mendekati Flores, pemandangan sekitar lagi la memukau.
Ada peluang, boleh la rancang ke Flores. Ramai yang kagum dengan keindahan pantai dan alam semulajadi dengan kos perjalanan yang lebih murah.