Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tips Umum Cara Mudah Pakai Kain Pelikat Melayu

Rata-rata di zaman moden, tak ramai yang pandai memakai kain pelikat, betul tak? Tambah-tambah orang muda generasi baru. Malah anda percaya tak kalau ada lelaki melayu moden yang tidak mempunyai sehelai pun kain pelikat. Kalau dulu, seorang lelaki melayu wajib ada sehelai kain pelikat untuk dipakai. Ini adalah Tips Umum Cara Mudah Pakai Kain Pelikat Melayu.

Tidak salah pun kalau tak punya kain pelikat, kerana di zaman Nabi pun, tidak ada kain pelikat, mereka berjubah dalam pakaian seharian. Tidak punya kain pelikat tidak bermaksud mereka tidak solat kerana, pakai seluar, jubah dan pakaian yang bersesuaian pun sah untuk solat selagi bersih dan menutup aurat. Namun, untuk meneruskan tradisi kita orang Melayu, kain pelikat diantara khazanah pemakaian orang Nusantara sejak zaman berzaman.

Baca : Orang Melayu Di Koh Samui Thailand

 



 

Tips Umum Cara Mudah Pakai Kain Pelikat Melayu

cara_mudah_pakai_kain_pelikat_melayu
Cara Pakai Kain Pelikat

Bagi anda yang berminat nak belajar cara mudah memakai kain pelikat Melayu, jom sama-sama lihat tutorial mudah gambar ini. Dengan mudah anda akan faham bila melihat cara memakai dan menggulung kain pelikat.

Untuk informasi anda, asal usul sebenar kain pelikat ni agak unik. Banyak cerita yang boleh kita kaitkan dengan nama asal kain pelikat ini. Menurut catatan sejarah dahulu, ada fakta yang mengatakan pedagang asing dari Palaiyakat, iaitu daerah yang terletak di thondai Mandalam, kawasan timur laut Tamil Nadu di India, membawa masuk kain ini ke Tanah Melayu Nusantara.

Kain Pelikat Indonesia
Kain Pelikat Indonesia
Kain Pelikat Malaysia
Kain Pelikat Malaysia

Pedagang-pedagang ini dikatakan telah memasarkan kain sarung, kain putih dan barangan lain yang diimport terus-menerus dari Palaiyakat.

Yang menariknya produk sarung tersebut telah mendapat sambutan yang sangat hebat sehinggakan ianya mendapat gelaran kain pelikat (ringkasan – kain dari Palaiyakat) dan sehingga kini ia dikenali sebagai kain pelikat dikalangan masyarakat Melayu khususnya dan Malaysia amnya.

Sejak dari dulu, perkembangan dan teknologi sedikit sebanyak memberikan inovasi baru kepada banyak corak dan rekaan kain pelikat di Malaysia, Indonesia dan di Asia. Hingga kini di Malaysia, masih ramai orang-orang lama, khususnya di kampung masih lagi selesa dengan pemakaian kain pelikat sehari-hari.

Sumber : https://www.flapwrap.com/ketahui-sejarah-kain-pelikat/

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.