Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cara Mudah Tukar Bateri Motor Skuter Yamaha Ego S

Bulan ini, terpaksa keluar duit untuk ganti bateri motorsikal skuter yang baru. Bateri lama sudah kong dan tak mampun nak bagi power kepada tenaga motorsikal. Saya kongsikal di sini, Cara Mudah Tukar Bateri Motor Skuter Yamaha Ego S. Bukan sahaja mudah, tetapi harga bateri pun lebih jimat, hanya RM45 sahaja untuk jenis jenama X Samurai Model YTZ5S, buatan Thailand.

Memandangkan tahun lepas, tahun 2020 tak banyak menggunakan motorsikal skuter ini untuk pergi ke mana-mana, jangka hayat bateri semakin menurun akibat kurang ‘pengecasan’. Akhirnya, power bateri ini habis dengan sendirinya. Puas hati meenggunakan bateri ini lebih dari 5 tahun.

Baca : Motorsikal Skuter Yamaha Ego S Merah

cara tukar bateri motosikal skuter

 


Cara Mudah Tukar Bateri Motor Skuter Yamaha Ego S

Cara-Mudah-Tukar-Bateri-Motor-Skuter-Yamaha-Ego-S-01

Cara-Mudah-Tukar-Bateri-Motor-Skuter-Yamaha-Ego-S-02

Cara-Mudah-Tukar-Bateri-Motor-Skuter-Yamaha-Ego-S-03
 

Cara Tukar Bateri Motor Skuter Yamaha

Cara Menukar Bateri Yamaha Ego S

1. Beli bateri Baru model YTZ5S BS atau YTZ5S (MF) mengikut saiz yang sama.

2. Buka Klip Getah Pengikat Bateri Di Bawah Tempat Duduk.

3. Longgarkan Sambungan Positif (Merah) dan Negarif (Hitam) bateri lama.

4. Gantikan dengan Bateri Baru dengan menggunakan sambungan yang sama Positif dan Negatif.

5. Ketatkan Sambungan dan Tutup dengan Kemas.

6. Hidupkan enjin motorsikal skuter anda dan biarkan selama beberapa minit untuk menggerakkan cas bateri.

7. Selesai

Tips Ganti Bateri Motorsikal Baru

1. Pastikan anda membeli bateri yang mempunyai saiz yang sama.

2, Jangan menterbalikkan bateri kerana ia kerana menyebabkan bateri baru boleh rosak. Pastikan ia sentiasa dalam keadaan menegak.

3. Sambung mengikut wayar positif dan negatif yang betul.

Andai anda ada bajet yang lebih, tidak salah membeli bateri baru saiz yang sama dengan harga yang lebih mahal kerana pastinya jenama yang terkenal mempunyai kualiti bateri yang lebih baik. Namun, jika mempunyai bajet yang terhad, beli dahulu bateri yang biasa sudah mencukupi, tetapi diharapkan supaya sentiasa menjaga servis bateri dengan sebaiknya.

Fungsi bateri untuk motorsikal biasanya hanya untuk menghidupkan enjin starter motorsikal dan lampu sahaja. Memandangkan motor ini tidak mempunyai lebihan alata elektronik yang kuat, bateri saiz kecil ini dnegan kuasa 12V5Ah ini sudah cukup untuk kegunaan biasa Yamaha Ego S.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.