Cara Nak Dapatkan Kembali Duit Pelaburan Genneva Malaysia
|
Selepas syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd diserbu oleh pihak Bank Negara, SSM dan pihak berkaitan yang lain minggu lepas, hampir 60,000 pelabur emas Genneva Malaysia terkena tempias akibat serbuan tu. Dalam YouTube korang boleh lihat bantahan, kemarahan dan perasaan tidak puas hati pihak pelabur Genneva kerana secara automatik, duit pelaburan mereka juga dibekukan.
Camana ni? Camana nak dapatkan duit balik dalam pelaburan Emas seperti Genneva Malaysia ni? Ada cara?
Kata seorang kawan MrJocko, kalau kebiasaannya kes serbuan atas syarikat yang didakwa mempunyai kesalahan seperti ini, termasuk, menerima deposit secara haram, menggubah wang haram, mengelak cukai, memberi diskripsi palsu dan juga melantik ejen tanpa lesen, maka untuk mendapatkan balik duit pelaburan emas yang di laburkan adalah hampir mustahil sama sekali.
Mungkin sebab itu, ada berita hari ini yang mengatakan ramai pelabur yang tertekan, marah dan merasa teraniaya akibat serbuan ini sehinggakan ada yang sampai tahap mahu membunuh diri akibat pelaburan emas Genneva ini.
Gambar : Geng-geng Pelabur Genneva menyerahkan bantahan terhadap Bank Negara kepada Muhd Khairun, Wakil Umno dalam perjumpaan mereka.