Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bagaimana Cara Nak Masuk Ke Gaza Jerusalem Palestine

Sehari dua ni, satu Malaysia kecoh dengan isu antara orang-orang hebat di negara kita, Ustaz Ebit Lew, Caprice dan juga Nadir Al Nuri. Semua cerita tengah viral ni berkaitan dengan Gaza di Palestine. Naik la nama Gaza, Jerusalem dan Palestin seketika. Ya, sudah pasti, ramai diantara kalangan kita menyimpan cita-cita untuk melawat Masjid Al Aqsa di Baitulmuqaddis. Tapi, masih ramai yang tak tahu Bagaimana Cara Nak Masuk Ke Jerusalem Palestine.

Samada ikon selebriti Ustaz Ebit Lew, ikon anak muda Caprice atau NGO Nadir Al-Nuri, mereka antara individu yang banyak memberi bantuan dan sumbangan kepada masyarakat dalam bidang masing-masing. Kes viral terkini, apa yang terjadi, mungkin satu salah faham dan diharapkan sama-sama mengambil pengajaran.

Kami yang belum ke Palestine, bercita-cita untuk ke sana juga suatu hari nanti (selain mengerjakan Umrah dan Haji). Mungkin dengan kisah hebat Ustaz Ebit Lew, Caprice dan Nadir Al Nuri di Gaza Palestine ini memberikan semangat untuk orang Malaysia melancong ke sana, jika keadaan mengizinkan.

cara masuk ke gaza jerusalem palestine

Baca : Negara Arab Pertama Saya Singgah

 


Bagaimana Cara Nak Masuk Ke Gaza Jerusalem Palestine

cara masuk gaza palestine
Pasukan Ebit Lew Gaza
Kredit Gambar : Astro Awani

cara masuk gaza palestine
Nadir Al Nuri di Gaza Palestin
Kredit Gambar – Nona.my

 

Sejarah Negara Palestin

Palestin (Bahasa Arab: فلسطين Falasṭīn, Bahasa Ibrani: פלשתינה Palestina) ialah sebuah wilayah geografi di Asia Barat yang meliputi wilayah-wilayah Palestin iaitu Tebing Barat, Genting Gaza dan Palestin yang diduduki atau Israel, dan sebahagian takrif meliputi juga bahagian barat Jordan.

Nama Palestin digunakan oleh penulis Yunani kuno dan ia digunakan menjadi wilayah Syria Palaestina di bawah empayar Rom, Palaestina Prima di bawah empayar Byzantine, dan daerah Jund Filastin di bawah pemerintahan Islam. Wilayah ini meliputi kebanyakan wilayah yang disebut dalam kitab samawi sebagai Tanah Israel (Bahasa Ibrani: ארץ־ישראל‎ Eretz-Yisra’el), Tanah Suci atau Tanah Yang Dijanjikan, dan menggambarkan bahagian selatan kawasan luas yang dicatatkan seperti Canaan, Syam, Syria dan Levant.

Sumber Wikipedia

Antara destinasi menarik di Palestine ialah Masjid Agung Nablus, Haram Al-Sharif (Temple Mount), Quarter Muslim, Gunung Zaitun dan banyak lagi.

Cara Masuk Ke Gaza Dan Jerusalem

cara masuk gaza palestine
Masjid Al Aqsa – Gambar Internet

 

1. Tidak perlu Mahram bagi wanita untuk ke Jerusalem (Masjid Al-Aqsa)
2. Pengunjung perlu dapatkan visa daripada Israel
3. Visa ke Jerusalem perlu dipohon sebaiknya 45 hari lebih awal, sebab proses ambil masa yang agak lama untuk siap.
4. Untuk memohon visa Israel, anda perlu melalui mana-mana agensi di Jordan, boleh mohon via emel sahaja.
5. Bayaran visa ke Jerusalem dikenakan sebanyak USD15.
6. Bayaran departure tax border Israel sebanyak USD55.
7. Kami mencadangkan minima 3 hari di Palestin, selain Jerusalem pelawat boleh pergi ke Hebron, Jericho dan Bethlehem.
8. Bagi kaum lelaki, jangan pakai kopiah semasa berada di border Israel, nanti banyak soal. Tunggu lepas masuk ke Jerusalem baru pakai.
9. Walaupun Israel membenarkan pelawat duduk maksima 3 bulan, tetapi kita tidak boleh duduk lebih dari sebulan, bergantung pada tempoh visa Jordan, maknanya sebelum tamat visa Jordan kita wajib keluar dari Palestin. Visa Jordan boleh mohon masa sampai, dapat 30 hari.
10. Bila masuk melalui Allenby border, masa balik pun mesti melalui border yang sama, tidak boleh untuk kita keluar melalui border lain seperti Eillat ataupun Tel Aviv.
11. Alang-alang masuk melalui Jordan, boleh teroka negara Jordan, banyak tempat-tempat menarik di sana.
12. Dicadangkan 10 hari untuk lawatan ke Palestin dan Jordan

Sumber : The Vocket Jerusalem Palestine

Namun rasanya cara Ustaz Ebit Lew memasuki Gaza pasti dengan cara yang lebih baik dan dipermudahkan kerana program beliau untuk datang mengagihkan bantuan kemanusian. Bukan semua orang mampu buat apa yang Ebit Lew lakukan membantu rakyat Palestin.

Manakala Nadir Al Nuri, antara penggerak NGO yang aktif dalam menguruskan bantuan kemanusian terhadap rakyat Palestin, khususnya di Gaza sejak bertahun yang lalu. Beliau memang tinggal di Palestin dan sudah sebati dengan dunia perang.

Harap-harap pandemik Covid-19 akan segera selesai. Pasti akan ada peluang untuk kita sama-sama teroka negara Palestin. Walaupun kita tidak membantu daam segi wang ringgit, setidak-tidaknya kita menyokong negara ini dengan perjuang mereka menuntut kemerdekaan di tanah sendiri.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.