Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bagaimana Cara Orang Jepun Urus Bagasi Airport

Sudah jadi Viral dalam beberapa tahun yang lepas, bila perkongsian netizen tentang bagaimana Cara Orang Jepun Urus Bagasi Airport dengan cara yang sangat teratur, kemas dan rapi. Tidak seperti kebanyakkan negara lain, termasuk di Malaysia, staff yang mengendalikan bagasi airport di Jepun antara yang terbaik.

Sebab itu, bagi mereka yang pernah ke Jepun dengan menggunakan penerbangan kapal terbang dan laluan masuk melalui lapangan terbang, cara orang Jepun menguruskan beg dan bagasi penumpang sangat di puji.

Cara Orang Jepun Urus Bagasi Airport

cara orang jepun urus bagasi airport

Pengalaman MrJocko sendiri ketika terbang ke negara Jepun, ia memang satu pengalaman yang memuaskan. Tidak kira korang naik penerbangan pesawat syarikat mana, urusan dengan orang Jepun, sangat mengujakan.

Bermula dari daftar masuk atau daftar keluar, staff yang berkenaan yang melayan kita sebak mungkin. Jika ada kesalahan pun, cara mereka menegur kita sangat bersopan.

Kebiasannya bagasi yang akan masuk ke dalam ruang bagasi kapal terbang akan ditimbang dan disusun sebaiknya, dengan beberapa tag khas bagi memudahkan mereka dan juga kita sebagai penumpang.

cara orang jepun urus bagasi airport

cara orang jepun urus bagasi airport

Bagasi yang dihantar ke dalam perut kapal terbang diangkat dengan berhati-hati. Hampir tidak ada kes seperti staff lapangan terbang yang bekerja di bahagian bagasi ini melempar atau melambung bagasi penumpang sesuka hati.

Susunan beg agak kemas dan beg akan disusun satu persatu dengan cermat masuk ke dalam pesawat.

cara orang jepun urus bagasi airport
Staff Airport Mengelap Bagasi Yang Tiba

cara orang jepun urus bagasi airport

cara orang jepun urus bagasi airport

cara orang jepun urus bagasi airport

Sewaktu tiba ke destinasi pun sama. Setiap bagasi akan diangkat dengan cermat dan kemudian dibawa untuk ke ruang pengambilan bagasi. Menarik di sini, ada beberapa staff lapangan terbang bersedia untuk mengelap bagasi yang tiba untuk memastikan beg tersebut tidak kotor dan ada terletak benda-benda yang tidak perlu.

Kalau dikatakan korang terlewat untuk mengambil bagasi diruang pengambilan bagas, ada staff yang akang tolong angkat dan susun bagasi tersebut di tepi ruang pengambilan. Memang terbaik.

Baca : MrJocko dan Trip Ke Jepun

Jadi, kalau ke Jepun, InsyaAllah jangan risau bagasi korang akan dijaga sebaiknya. Namun, sebaiknya kalau travel dengan kapal terbang, beli la pakej insuran perjalanan atau takaful perjalanan untuk ‘protection’. Mana tahu kot-kot ada masalah lain, boleh kita ‘claim warranty’

Nak cari Pakej Takaful Perjalanan mana terbaik? Boleh cari di GoBear.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.