Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Ini Cara Permohonan i-Citra KWSP Pada 12 Julai 2021

Mulai esok, mereka yang ada simpanan di dalam akaun KWSP atau EPF, boleh memohon untuk pengeluaran wang i-Citra yang diumumkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini. Kelonggaran ini diberikan kepada semua pencarum KWSP yang layak untuk membantu mereka menghadapi saat-saat getir musim pandemik Covid-19 seperti ini. Bagaimana nak memohon i-Citra? Ini Cara Permohonan i-Citra KWSP bermula pada 12 Julai 2021.

Sebelum ni, kerajaan dah memberi kelonggaran kepada pencarum KWSP dengan pegeluaran i-Lestari dengan pengeluaran purata RM10,000 bagi yang layak. Kini mereka yang layak boleh daftar untuk memohon pengeluaran i-Citra di laman web rasmi KWSP seawal jam 00.01 pagi nanti, 12 Julai 2021.

cara Permohonan i-Citra KWSP

 


Ini Cara Permohonan i-Citra KWSP Pada 12 Julai 2021

Cara-Permohonan-i-Citra-KWSP-01

daftar-i-citra-kwsp
Daftar i-Citra KWSP

 

Bagaimana Cara Permohonan i-Citra KWSP dilakukan? Secara online sahaja.

Sudah pasti ini berita yang mengembirakan ramai pencarum KWSP yang terkesan akibat perlaksanaan PKP dan juga paling teruk mereka yang telah dibuang kerja ketika pandemik ini. Jumlah yang dibenarkan sebanyak RM5,000, paling tidak boleh membantu untuk kehidupan dalam tempoh 3 – 4 bulan yang akan datang.

Permohonan i-Citra KWSP 2021

Sebelum itu, jangan lupa untuk daftar permohonan i-Citra di laman web KWSP dan kemudian memohon pengeluaran ini.

1. Kenapa Pengeluaran i-Citra diperkenalkan?
Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

2. Siapa yang layak mohon i-Citra?
Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

3. Bolehkah ahli KWSP yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan pencen memohon i-Citra?
Anggota perkhidmatan awam boleh memohon pengeluaran i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

4. Berapa amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?
– Amaun kelayakan pengeluaran sehingga maksima RM5,000.
– Bayaran bulanan akan dibuat hingga tempoh lima (5) bulan
– Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan semasa
– Bayaran minima adalah RM50
– Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
– Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

5. Bagaimana penggunaan simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 bagi pembayaran i-Citra?
Bayaran i-Citra akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.
 

Cara_Pengiraan_i-Citra-KWSP-01

Cara_Pengiraan_i-Citra-KWSP-02

Cara_Pengiraan_i-Citra-KWSP-03
 

6. Mengapa amaun maksimum i-Citra dihadkan kepada RM5,000 sahaja?
Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.
7. Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?
Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP.

8. Bila permohonan i-Citra boleh dibuat?
Permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

9. Bagaimanakah cara untuk memohon Pengeluaran i-Citra?
Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal i-Citra Online. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 12 Julai 2021.

10. Bolehkah ahli memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?
Boleh, tertakluk kepada kelayakan seperti yang dinyatakan dalam Soalan 2.

11. Bila bayaran i-Citra mula dibuat?
Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

12. Bagaimanakah pembayaran i-Citra akan dibuat kepada ahli?
Bayaran bagi Pengeluaran i-Citra akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran i-Citra berjalan lancar.

Akaun bank simpanan atau semasa.
Akaun bank masih aktif.
Akaun Bank di atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).
Sekiranya ahli tidak mempunyai akaun bank (berstatus muflis), ahli boleh memohon pembayaran i-Citra secara Arahan Bayaran ketika membuat permohonan di portal i-Citra Online.

Bagaimanapun, pembayaran i-Citra melalui kaedah Arahan Bayaran akan mengambil masa dan ahli perlu hadir ke cawangan pilihan bagi urusan pengambilan Arahan Bayaran tersebut.

13. Bayaran bulanan i-Citra akan terhenti sekiranya;
Ahli yang memohon mencapai umur 55 tahun; atau
Terdapat apa-apa pengeluaran penuh diluluskan (contoh: Pengeluaran Hilang Upaya, Meninggalkan Negara, Kematian dan lain-lain); atau
Ahli membuat pembatalan i-Citra

14. Bolehkah ahli membatalkan permohonan i-Citra?
Boleh. Ahli boleh membatalkan permohonan setelah diluluskan dan bayaran seterusnya akan dihentikan.

Permohonan semula tidak dibenarkan.

15. Bolehkah amaun Pengeluaran i-Citra dipinda?
Ahli tidak dibenarkan membuat pindaan amaun selepas permohonan dibuat.

16. Apakah yang akan berlaku kepada caruman bulanan ahli selepas bayaran Pengeluaran i-Citra tamat?
Sekiranya amaun Pengeluaran i-Citra menggunakan simpanan daripada Akaun 1, semua caruman baharu akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun 1 sehingga mencukupi amaun yang telah dikeluarkan.

Setelah itu, caruman ahli akan kembali seperti biasa (70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2).

Rasional bagi mengisi semula simpanan di dalam Akaun 1 adalah untuk memastikan ahli mempunyai simpanan selepas persaraan.

17. Adakah bayaran Pengeluaran i-Citra diberi keutamaan berbanding dengan lain-lain pengeluaran?
Ya, bayaran i-Citra diberikan keutamaan berbanding bayaran pengeluaran lain.

Bagaimanapun, sekiranya ahli juga menerima pembayaran Pengeluaran i-Sinar dan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan, bayaran pengeluaran ini akan diberikan keutamaan.
18. Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran i-Citra?
Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk Pengeluaran i-Citra.

Akaun Emas merupakan caruman ahli selepas umur 55 tahun. Ahli layak untuk mengeluarkan Simpanan tambahan ini setelah berumur 60 tahun. Ini bertujuan untuk memastikan kecukupan simpanan persaraan ahli pada waktu tersebut.

19. Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?
Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:
i-Akaun (Ahli)
Aplikasi mudah alih i-Akaun
Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)

20. Bagaimanakah ahli boleh menyemak status terkini permohonan i-Citra?
Ahli boleh menyemak status permohonan i-Citra melalui:
Menu Semak Status Permohonan di i-Citra Online; atau
Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)

21. Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra:
Laman web rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di pautan www.kwsp.gov.my
Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848

Sumber – Pengeluaran i-Citra KWSP

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.