Cara Register & Tambah Google Adsense
|
Sesiapa yang nak mencari duit tambahan untuk pengiklanan tu, duit masyuk atau duit income passive, apa kata korang cuba Google Adsense. Kalau nak tahu, Google sudah mula bertapak di Malaysia, dan Google Adsense adalah salah satu medium pengiklanan yang membolehkan owner blog atau website menerima imbuhan dari iklan-iklan yang di letakkan di Adsense.
Kalau korang pakai Blogspot, Google Adsense sememangnya dah ada dalam Layout Design blogger. Mudah jer nak add.
Mula-mula korang kena ada akaun Gmail dan register dulu dengan Adsense. Guna saja email gmail yang ada.
Kemudian, pilih email mana yang anda nak pakai sebagai medium untuk menggunakan Google Adsense ni. Sudah pilih, teruskan ke bahagian seterusnya.
Isi dulu survey form yang di perlukan oleh pihak Adsense dan pilih bahasa English. Buat masa ini, bahasa Melayu belum masih di iktiraf oleh pihak Google Adsense. Kenapa? Aku tak tau, tak cukup crew untuk bahasa Melayu kot…
Sesudah semua bahagian wajib sudah di isi dan di jawab, maka submit permohonan anda kepada Adsense. Jika tiada masalah, tidak sampai satu jam, anda akan menerima keputusan dari pihak Google Adsense. Kalau permohonan anda di tolak, pihak Adsense akan memberikan sebab dan musabab. Re-submit dan buat sampai boleh kalau korang mahukan iklan Adsense berada di blog atau website anda.
p:/s : Setakat ni Website atau Blog yang berbahasa Melayu masih belum boleh daftar dengan Adsense, harap pihak Google Adsense boleh pertimbangkan 🙂
Sekian, selama ber ‘Adsense”
MrJocko.com
4 Comments
Tak conflict ke utk org yg dah ada nuffnang?
sila rujuk syarikat terbabit,,, hi hi hi 🙂
dah byk kali mintak, tp dia ckp blog BM, x dterima..huhu..
kena buat Blog English kot, cuba Indonesia