Cara Saya Tamatkan Langganan ASTRO Malaysia
|Selepas 15 tahun menggunakan perkhidmatan Astro, akhirnya kami mengambil keputusan untuk tamatkan langganan ASTRO Malaysia pada bulan ini. Bermula dari langganan asas, kemudian upgrade ke pakej tambahan sehingga bayaran terakhir kami sekitar RM180++ sebulan, termasuk pakej kartun, family, sukan dan movies. Namun, dengan kehadiran Android TV, Streaming TV, Netflix dan banyak lagi saluran percuma melalui internet, pakej di Astro nampaknya sudah tidak relevan lagi untuk kami. Ini Cara Saya Tamatkan Langganan ASTRO Malaysia.
Baca : Daftar Astro NJoi Murah Di Sini https://shope.ee/3V4TSGwKmX
Ada beberapa cara yang kami tahu untuk menamatkan langganan Astro Malaysia ini. Cara paling popular ialah melalui panggilan telefon dan email. Manakala satu lagi adalah dengan datang sendiri ke Pusat Khidmat Pelanggan berdekatan. Memandangkan kami mahu lebih cepat dan lebih jelas, kami pilih untuk menghantar email terlebih dahulu, dan kemudiannya kami ke Pusat Khidmat Pelanggan untk membuat pembayaran baki yang tertunggak.
Baca : Berbaloi Tak Langgan Astro Malaysia?
Cara Saya Tamatkan Langganan ASTRO Malaysia
Namun, sebelum anda menamatkan perkidmatan Astro anda, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu, antaranya ialah:
1. Status kontrak akaun anda. Pastikan anda tidak lagi terikat dengan kontrak astro (2 tahun). Ini bagi mengelakkan anda dikenakan bayaran penalti.
2. Tarikh akhir bil setiap bulan anda.
3. Report untuk tutup akaun hendaklah dibuat 10 hari sebelum tarikh akhir bill anda. Jika report dibuat pada 10 hari terakhir bill, anda terpaksa bayar lagi sebulan bill sebelum boleh tutup akaun.
4. Jumlah Bill semasa dan Tunggakkan. Pastikan anda bayar dahulu baki bill semasa dan tunggakkan jika ada sebelum membuat report untuk tutop akaun.
Tamatkan Langganan Astro Di Customer Service Center
1. Pergi ke cawangan Customer Service Centre yang berhampiran anda
2. Pastikan anda pemilik yang berdaftar dengan astro.
3. Ambil nombor giliran dan tunggu nombor anda dipanggil.
4. Maklumkan kepada pegawai astro berkenaan anda ingin tamatkan langganan Astro. Pegawai Astro akan buat notis penamatan perkhidmatan selama 30 hari dari tarikh hari ini Ini bermakna, kalau anda terminate hari ini, ia tidak betul-betul ditamatkan. Anda masih lagi perlu tunggu 30 hari.
5. Maklumat pembayaran akan dicetak dan diberikan kepada anda. Bayaran boleh dibuat melalui kiosk bayaran Astro di dalam premis berkenaan.
6. Berikan resit pembayaran yang telah selesai kepada pekerja Astro tadi di kaunter, simpan resit untuk rujukan.
Tamatkan Langganan Astro Secara panggilan
1. Pastikan anda pemilik akaun yang membuat panggilan.
2. Hubungi Customer Service Centre: 03-9543-3838, pilih no untuk perkhidmatan menamatkan akaun Astro
Customer service akan minta pengesahan sebelum meneruskan urusan penutupan akaun. Antara soalan pengesahan yang ditanya ialah seperti; alamat decoder dipasang, email, cara bayaran bil bulanan dan no kad pengenalan.
3. Selepas pengesahan berjaya baru customer service akan bacakan sejarah kita bersama Astro. Tahun mula melanggan, pakej semasa kita langgan dan jumlah tunggakan jika ada.
4. Kemudian anda jelaskan kepada operator tersebut bahawa anda berhasrat untuk terminate Astro anda.
Setelah selesai, anda perlu tunggu sahaja perkhidmatan Astro anda ditamatkan. Akaun Astro anda akan ditutup dalam tempoh masa 24 jam.
Secara peribadi, proses untuk menamatkan langganan Astro ni sangat mudah. Kalau dengan cara yang kami buat tempohari, ia sangat cepat, tetapi kena usaha sikit selepas emel, kami ke Pusat Khidmat Pelanggan supaya ia lebih mudah dan tidak ada salah faham. Kalau tidak ada aral, kami hanya boleh menonton siara Astro di rumah sehinggah 9 April 2022 nanti. Walaupun sudah ditamatkan, ia masih boleh ditonton sehingga tamat tempoh.