Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cara Saya Work From Home Musim PKP Travel Blogger Malaysia

Sebulan telah berlalu memasuki tahun 2021, ini Cara Saya Work From Home Musim PKP Travel Blogger Malaysia. Nampaknya, berkemungkinan besar kita rakyat Malaysia akan terus berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam masa beberapa bulan yang akan datang. Melihat kepada kesan kerja yang agak perlahan pada tahun lepas, saya perlukan suntikan semangat baru. Hasilnya, selepas menyusun satu ruang sudut, dapatlah saya kerja dari rumah dengan selesa.

Tahun 2020, saya hanya sempat untuk travel ke Tokyo sempena Tokyo Auto Saloon 2020 dan Media FAM Trip ke Phatthalung dan Hatyai. Selepas dari itu, akibat wabak virus Covid-19 yang semakin menular, sempadan Malaysia telah ditutup dan hampir semua sempadan seluruh dunia juga turut menutup pintu masuk mereka untuk mengelak dari wabak ini terus berjangkit.

Baca : Kerja Sebagai Travel Blogger Malaysia

 


Cara Saya Work From Home Musim PKP Travel Blogger Malaysia

travel blogger malaysia
 

Ekoran dari penutupan sempadan negara dan wabak Covid-19 di seluruh dunia, banyak perancangan Media Trip yang sudah dirancang telah dibatalkan dan ditunda sehingga tarikh yang belum ditentukan lagi.

Di sebabkan wabak ini, perjalanan kembara saya juga terhad kepada lokasi dalam Malaysia sahaja ketika diberi kelonggaran PKPP sekitar bulan Julai hingga September 2020.

Alhamdulillah, kami sekeluarga sempat menyokong pelancongan domestik Cuti-Cuti Malaysia di Cameron Highlands pada bulan Julai dan juga Port Dickson pada bulan Ogos tahun 2020.

Cuti Cuti Malaysia Cameron Highlands, Pahang.

Cuti Cuti Malaysia Port Dickson, Negeri Sembilan.

Perancangan untuk ke Perlis dan Pulau Pinang tergendala kerana perlaksanaan kembali PKPB dan PKP sehingga kini Februari 2021.
 

travel blogger malaysia

travel blogger malaysia
 

Work From Home Musim PKP Travel Blogger Malaysia

Dengar kata, selepas PKP 4 Februari 2021, tindakan lebih tegas akan dikenakan kepada mereka yang masih lagi ingkar dengan SOP dan larangan asas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia.

Sumber : Berita Harian Nilai Kompaun PKP

Sekiranya rakyat Malaysia sendiri tidak mematuhi SOP Covid-19 yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan, agak mustahil bilangan mereka yang dijangkiti Covid-19 akan berkurangan. Melihat kepada angka jangkitan positif Covid-19 sehingga 4000++ orang setiap hari dan berada di No. 2 di Asia dalam senarai yang paling berisiko, pasti ia kana merisaukan semua pihak.

Pastinya, semua rakyat Malaysia akan mengharapkan supaya jumlah pesakit Covid-19 akan berkurangan dari hari ke hari, supaya keadaan di Malaysia akan kembali normal dan kita semua terhindar dari segala penyakit yang merbahaya seperti Pandemik Covid-19 ini.

Bagi kami sekeluarga, sepanjang PKPB, PKP ini, kami lebih memilih untuk berada dirumah dan mengelak dari keluar jika tidak penting. Sebab itu, workstation baru Work From Home ini di harapkan dapat memberikan semangat baru untuk saya sendiri menguruskan kerja-kerja yang sedia ada.

Semoga Allah akan memberi rahmat kepada rakyat Malaysia dan melindungi kita semua dari sebarang penyakit merbahaya seperti Covid-19. Aaminnnn…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.