Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cara Sewa Kereta Di Perth Australia Untuk First Timer

Cuti di Perth Australia memang best. Tapi selama lima hari di Perth, perjalanan yang jauh memaksa MrJocko untuk mendapatkan transport yang lebih efisen. Sebab itu MrJocko memilih untuk menyewa kereta di Australia. Jom follow MrJocko nak kongsi cara sewa kereta di Perth Australia dengan mudah dan murah. Pilihan MrJocko kali ini, menggunakan servis sewa kereta terkenal dunia, Hertz. 

Untuk membuat tempahan kereta sewa di Australia, boleh ke laman web www.hertz.com. Untuk info tambang murah penerbangan ke Perth, saya dapat hanya sekitar RM500 sahaja seorang, tambang pergi balik. Anda boleh layari www.airasia.com.my.
 

Baca : Tempat Best di Perth Australia



Tips Travel Cara Sewa Kereta Di Perth Australia

sewa kereta perth

Cara Sewa Kereta di Australia

MrJocko terlebih dahulu membuat survey tentang pakej sewa kereta sewa di laman web Hertz.com. Banyak lokasi yang boleh anda pilih, tambah-tambah lokasi di Australia. Banyak pilihan, tetapi MrJocko cuma memilih kereta Toyota Yaris or Similae Size. Untuk tempahan kereta ini, MrJocko dikenakan charge AUD195.38 sahaja. tetapi oleh kerana undang-undang di Australia agak ketat, MrJocko terpaksa menambah AUD82.50 untuk Child Seat dan juga Insurans selama 5 hari sejumlah (AUD19.09 x 5 hari) AUD95.45. Total yang MrJocko bayar ialah AUD373.33. Dengan rate semasa ketika itu, kos yang MrJocko bayar dalam Ringgit Malaysia ialah (AUD373.33 x 3.08 ) RM1,149.85.

Satu lagi, anda perlu meletakkan deposit sejumlah sekitar AUD100 sebagai deposit tambahan. Jika tidak ada apa-apa selepas 3 hari dari tempoh anda memulangkan kereta, duit tersebut akan dipulangkan ke akaun anda.

 

sewa kereta perth
Harga Sewa Kereta di Australia

sewa kereta perth sewa kereta perth
 

Kaunter kereta sewa Hertz di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth ada 2. Mudah sahaja untuk anda cari. Satu berada di dalam lapangan terbang, satu lagi berada di luar, kawasan parkir kereta. Daftar di situ, buat pembayaran dan isi borang, ambil kunci dan terus pandu. Mudah kan???

Kami memang tidak ada masalah untuk urusan pengambilan kereta dan memandu sekitar Western Australia. Dari lapangan terbang, kami menuju ke Mindarie, Lancelin sehingga ke Pinnacles Park. Kemudian kami turun sehingga menuju ke Bunbury dan seterusnya pusing bandar Perth. Kos minyak kami sekitar AUD60 sahaja dan ia memang menjimatkan. Kami sekeluarga, 2 dewasa, 2 kanak-kanak dan 1 Bayi memang berbaloi menyewa kereta ini.

Tips Travel Cara Sewa Kereta Di Perth Australia

 

sewa kereta perth sewa kereta perth

sewa kereta perth sewa kereta perth
 

Baca : Pengalaman Travel ke Australia
 

Yang anda perlu ingat ketika memandu di Australia ialah Undang-undang Jalanraya. Elakkan diri dari parkir di kawasan yang tidak dibenarkan dan juga elakkan dari memandu melebihi had limit. Jika kena saman, anda mungkin akan dikenakan sekitar AUD300 (RM900).

Sebagai tambahan, minyak kereta kena selalu check, mana tau kehabisan. Stesen minyak di Western Australia berada agak jauh, jika anda dari perjalanan dari Mindarie ke Pinnacles Park. Sebaiknya sentiasa pastikan minyak sentiasa melebihi separuh tangki. Lagipun, bila anda pulangkan kereta, kebiasaannya anda perlu pulangkan dalam keadaan full tank.

Untuk anda yang merancang menyewa Caravan di Australia, anda boleh semak info di laman web berkaitan. Ada bagus juga kalau dapat menyewa Caravan di Australia, tetapi harga sewa caravan di Australia sudah pasti lebih mahal berbanding sewa kereta biasa. 

Bagi MrJocko, sewa kereta di Australia mudah sahaja dan ia berbaloi jika anda ingin travel dalam kumpulan yang sederhana besar serta nak travel beratus kilometer dari pusat bandar.

7 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.