Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cara Tebus Duit Refund Di Tax Free Counter Japan

Shopping di Jepun memang best sebenarnya kalau korang tahu kat mana lokasi kedai jual barang murah. Bagi MrJocko, setakat ini best shopping di Ameyokocho Street dan juga Don Quijote Japan. Di kebanyakkan kedai di Jepun, banyak yang TAX FREE. Sebab itu, MrJocko nak kongsi Cara Tebus Duit Refund Di Tax Free Counter Japan.

Kalau anda shopping di Don Quijote (dan lokasi kedai shopping mall terkenal lain di Jepun) mereka menyediakan satu kaunter khas buat pelancong untuk tebus balik refund duit tax free tersebut. Jadi tak perlu lah anda tunggu untuk tebus duit refund tax free ketika di Airport masa nak balik.

Baca : Beli Jam G-Shock di Ameyoko Street UENO Tokyo

Tebus Duit Refund Di Tax Free Jepun

 


Cara Tebus Duit Refund Di Tax Free Counter Japan

Cara Tebus Duit Refund Di Tax Free Counter Japan

Info tentang Tax di Jepun oleh JNTO https://www.jnto.go.jp/eng/basic-info/shopping/the-new-tax-free-system.html
 

Untuk info ringkas, di Jepun cukai barangan dikenali sebagai ‘Consumption Tax’. Cukai ini di negara-negara lain dikenali sebagai VAT, GST atau cukai jualan. Ia dikenakan dengan ‘charge’ 8% ke atas semua perkara. Kebanyakkan kedai di Jepun akan memaparkan harga sebelum cukai.

Konsep ‘Tax Free’ disediakan untuk pelancong asing hanya di kedai-kedai berlesen ketika membuat pembelian melebihi 5000 Yen. Untuk menebus duit refund Tax Free ini, Passport diperlukan untuk pengesahan.

Sebab itu, kalau anda shopping diJepun, ingatkan diri bahawa ada barang yang boleh anda dapatkan ‘Tax Free’. Korang perlu membayar dahulu dengan harga penuh (termasuk cukai penggunaan) pada juruwang dan kemudian mendapatkan bayaran balik pada meja perkhidmatan pelanggan (tax free counter).

Berhati-hati bahawa mana-mana barangan yang anda beli di Jepun mungkin tertakluk kepada duti import di negara asal anda.
 

Cara Tebus Duit Refund Di Tax Free Counter Japan Cara Tebus Duit Refund Di Tax Free Counter Japan
 

Tebus Duit Refund Di Tax Free Counter Japan

Sebagai contoh:

1. MrJocko membeli 3 unit jam (1 jam tangan G-Shock dan 2 jam tangan Baby G) dengan harga keseluruhan 28,188 Yen (RM1,120.65) termasuk Cukai.

2. Kemudian bawa resit dan Passport ke kaunter Tax Free Counter di Don Quijote untuk tebug balik duit refund tax.

3. Selepas pengesahan dan pengiraan, MrJocko berjaya untuk dapatkn kembali wang tunai lebih kurang 2,000 Yen (RM80).

Jumlah tax free yang dipulangkan sekitar 2,000 Yen memang okay. Lepas la kalau nak makan untuk dua orang di Jepun 🙂

 

Cara Tebus Duit Refund Di Tax Free Counter Japan

Cara Tebus Duit Refund Di Tax Free Counter Japan

 

Kalau anda shopping sedikit sahaja di Jepun mungkin anda tak kisah pasal Tax Refund. Tetapi kalau anda shopping banyak, berbaloi kalau anda ke Tax Free Counter dan dapatkan balik nilai wang pulangan hasil dari Tax Refund.

Cara Tebus Duit Refund Di Tax Free Counter, ini antara Tips Travel yang mungkin boleh anda simpan sebagai peringatan kalau melancong dan membeli belah di Jepun. Jangan lupa, ia juga boleh digunakan dinegara lain seperti Korea, Taiwan dan beberapa negara lain yang mengamalkan Tax Free untuk pelancong.

Kongsikan dengan rakan-rakan sekiranya anda merasakan info ini berguna dengan menekan butang ‘SHARE’ di bawah 🙂
 

Baca : MrJocko Melancong ke Jepun

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.