AirAsia mempunyai cara sendiri untuk kembali bersaing di dalam dunia perniagaan di Malaysia. Setelah lebih 2 tahun mengalami kerugian dan kesukaran, mereka kini muncul dengan aplikasi E-Hailing AirAsia Ride. Syarikat pengangkutan awam E-Hailing ini akan beroperasi seperti kebanyakkan syarikat E-Hailing yang sedia ada dengan jenama yang sudah dipercayai sebelm ini. Kali ini, kami nak kongsi Cara Tempah Perjalanan AirAsia Ride E-Hailing dengan mudah.
Kini, rakyat Malaysia mempnyai pilihan bagi menggunakan AirAsia Ride jika mereka ingin menggunakan khidmat pemandu atau menghantar barangan ke mana-mana destinasi di seluruh Malaysia. Konsep E-Hailing ini memang kita ketahui ia lebih mudah, murah, selamat dan dipercayai kerana syarikat ini memang telah lama mempunyai reputasi yang terbaik.
Baca : Bagaimana Cara Untuk Beli Tiket Murah AirAsia
Cara Tempah Perjalanan AirAsia Ride E-Hailing Guna Applikasi
Untuk menggunakan perkhidmatan E-Hailing AirAsia ini, boleh ikuti langkah-langkah di bawah :
1. Layari aplikasi AirAsia Super App atau www.airasia.com,
2. Pilih bahagian ‘Ride’, masukkan lokasi untuk diambil dan lokasi destinasi,
3. Pilih jenis kenderaan yang anda mahu, 4 penumpang biasa atau muatan 6 penumpang,
4. Semak laluan yang anda pilih dan semak caj yang dikenakan. Jika semua ok, klik ‘Book Now’,
5. Tunggu pemandu E-Hailing mengambil anda, rujukan adalah No Plat Kenderaan E-Hailing,
6. Sampai ke destinasi, bayar dan selesai.
Cara untuk menggunakan aplikasi AirAsia Ride E-Hailing ini, ia sangat mudah dan seperti penggunaan E-Hailing lain. Tak perlu risau kerana ia sangat selamat dan dipercayai.
Untuk anda yang berminat ntuk menyertai team AirAsia Ride, boleh daftar segera di pautan ini https://www.airasia.com/aa/ride/driver.html
Kalau nak tahu dari segi harga tambang AirAsia Ride ini, kami buat perbandingan di lokasi yang sama. Dari KL Sentral menuju ke KLIA2, harga untuk E-Hailing Any Ride cuma RM59, kereta kompak RM59 dan kereta lebih besar 6 Seater cuma RM88 sahaja. Murahkan?
Sudah pasti ini sesuatu peluang yang menarik untuk diambil oleh semua rakyat Malaysia.
Mungkin juga, bila AirAsia Ride ini berkembang ke negara lain, seperti Thailand, Indonesia atau Singapore, kita sebagai pengguna boleh ambil peluang yang sama untuk memudahkan perjalanan.
Bagi kami, semakin banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan E-Hailing, semakin kompetetif dan semakin murah harga servis yang akan ditawarkan. Sebagai pengguna, kami tidak mahu lihat ada syarikat yang memonopoli servis seperti ini. Kepelbagaian tawaran dan perkhidmatan akan memberikan banyak kelebihan kepada pelanggan ata penumpang.