Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cara Tengok Jalan Sesak di Google Maps Sangat Mudah

Kalau sebelum ni aku ada tulis yang katanya ada teknologi untuk tengok Banjir di Kuala Lumpur (di sini) sewaktu KL kena banjir last month. Kali ni betul-betul punya Google Malaysia perkenalkan Real Traffic flow melalui Google Maps. Cara Tengok Jalan Sesak di Google Maps Sangat Mudah.

Menurut Pengurus Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata pengguna Malaysia banyak menggunakan khidmat Google Maps dan semestinya servis aplikasi ini akan banyak membantu mereka.

Mereka boleh upgrade aplikasi Google Maps menggunakan PC, Laptop, Tablet atau Mobile mereka dan guna layer tambahan iaitu Traffic and Transit. Layer ini juga sudah di’translate’ kan ke dalam bahasa Melayu.

Lihat Jalanraya di Google Maps

lihat google maps

 

Antara fungsi Traffic and Transit ini adalah untuk memudah pengguna mengetahui keadaan traffic jalan-jalan di Malaysia, samada sesak, pergerakkan perlahan atau berjalan dengan lancar. Bagi aku kalau betul, ini adalah applikasi yang sangat bagus dan banyak membantu pengguna jalanraya, tambah-tambah di kota besar seperti Kuala Lumpur.
Untuk Traffic and Transit, Kod warna Merah untuk jalan yang sesak, Kuning untuk jalan yang bergerak perlahan dan Hijau untuk jalan yang bergerak dengan lancar. Mudah kan?
Lepas ni boleh la korang merancang perjalanan dengan mudah. Selalunya kita selalu terperangkap dalam kesesakan sewaktu pagi, perjalanan ke pejabat dan waktu petang, ketika pulang. Harap dengan app Traffic and Transit ini akan membantu kita memandu dengan cepat, tenang dan selesa.
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.