Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cara Travel Murah Ke Bandung Indonesia

Ramai yang mencari Tips Travel Murah ke Bandung Indonesia. Rata-rata rakyat malaysia memang suka melancong ke Bandung kerana di sana, ada banyak tarikan yang menarik termasuk sight seeing dan juga shopping barangan yang murah. MrJocko akan kongsi Cara Travel Murah Ke Bandung Indonesia.

Yang selalu di tanya, apa yang menarik di Bandung? Kalau nak tahu apa yang menarik di bandung boleh baca entry MrJocko ini – > Kenapa Saya Suka Travel Ke Bandung

Trip bajet ke Bandung

1. Bandung Airport ke Bandung City
Paling mudah dan jimat untuk ke Bangkok City ialah dengan menaiki Teksi. Anda boleh menggunakan Teksi Bluebird (jangan gunakan Prebet Sapu) dari lapangan terbang menuju ke bandar Bandung dan bayaran sekitar Rupiah 30,000 hingga 50,000 bergantung kepada kesesakkan jalan raya. Kebiasaannya bila waktu yang lengang, seperti awal pagi atau tengah malam tanpa kesesakkan jalan raya, anda cuma perlu membayar Rupiah 30,000 sahaja dari lapangan terbang menuju ke Festival City Shopping Mall Bandung.

Pilihan untuk naik bas mungkin pilihan lain yang boleh anda pilih tetapi MrJocko tidak pernah cuba naik bas dari Bandung Airport ke Bandar Bandung.

trip melancong ke bandung 01 Trip bajet ke Bandung

Bandar Bandung Indonesia

2. Sim Kad Di Bandung
Di Indonesia, telco yang menjadi pilihan ramai ialah Telkomsel. So, untuk anda memang nak guna data, tak mahu tunggu WiFi Percuma di Bandung, boleh beli Telkomsel SimPATI. Pakej Data sebanyak 3GB ini kira berbaloi juga untuk dibeli dengan harga sekitar harga Rupiah 100,000 atau RM30. Biasanya pakej ini anda boleh guna dalam masa selama 7 hari. Cukup la tu kot.

3. Hotel di Bandung
Samada anda mahukan hotel bertaraf 4 Bintang atau mencari Hotel Murah dan Hotel bajet di Bandung, semua ada di sini. Bandung menawarkan harga bilik sekitar Rupiah 300,000 untuk bilik yang hampir sama taraf dengan hotel 3 bintang. Maksudnya, jika anda nak hotel yan gsederhana, harga bilik sekitar RM100 bagi penginapan untuk 2 orang termasuk sarapan pagi.

Di Bandung, anda cuma dikira setiap bilik sahaja. Jika anda nak menginap dalam bilik untuk 2 orang, dengan membawa anak-anak tanpa mendapatkan tilam atau selimut extra, ia masih dibenarkan. Indonesia tidak terlalu strict sangat dalam rules hotel, tidak seperti Australia. Nak pilih hotel, cari hotel sekitar Festival City Bandung, Jalan Cihampelas dan juga Jalan Riau.

4. Makanan Halal di Bandung
Indonesia adalah negara Islam dan Bandung juga adalah bandar yang berpenduduk ramai MUSLIM. Oleh sebab itu, tidak ada masalah dalam mencari menu makanan Halal di Bandung. Cuma anda ada pilihan untuk makan makanan Padang, makanan Sunda, makanan Minang atau boleh cuba menu Western din Bandung.

5. Transport di Bandung
Angkutan Kota adalah transport tradisi warga Bandung. Ankutan kota paling mudah untuk anda jika nak pusing sekitar Bandung. Cuma anda kena perlu pandai bertanya destinasi yang nak ditujui. Setiap angkutan kota ada nombor dan ada banyak warn untuk memudahkan anda guna. Harga bagi satu trip ankutan kota bermula sekitar Rupiah 2000 sahaja.

Kalau nak cepat, boleh naik Teksi Bluebird dan teksi ini menggunakan Meter. Berhati-hati kadang-kadang anda mungkin boleh ditipu jika tidak pasti laluan mana yang anda nak ikut. Mungkin anda faham maksud MrJocko.

 

trip melancong ke bandung 03 Trip bajet ke Bandung

6. Shopping di Bandung
Bandung memang terkenal dengan syurga membeli belah. Di Bandung, ada ratusan Factory Outlet. tetapi sebenarnya, secara peribadi, bukan semua Factory Outlet di Bandung menjual barangan yang 100% dari ‘factory’. Anda harus pandai memilih lokasi Factory Outlet yang menawarkan produk yang bagus dengan harga yang memang murah.

Kalau pilihan MrJocko, antara lokasi Factory Outlet yang MrJocko suka singgah ialah di sekitar Jalan Riau, Jalan Dago dan juga sekitar Jalan Cihampelas. Jika nak beli baju atau pakaian lain yang berkonsepkan kulit, anda boleh mencari lokasi di Jalan Cibaduyut.

Trip bajet ke Bandung Trip bajet ke Bandung trip melancong ke bandung 08 trip melancong ke bandung 09

Tempat Shopping Menarik di Bandung

Nak travel bajet dan travel murah ke Bandung memang mudah sebenarnya. Kalau anda jenis betul nak jimat dan rajin buat research, tidak perlu nak gunakan khidmat Travel Agent. Tambah lagi kalau anda ke sana dengan rakan-rakan dan santai bersama keluarga tanpa anak-anak. Lagi mudah travel murah ke Bandung.

Tetapi, sekiranya anda tak yakin, boleh sahaja pilih mana-mana Travel Agent yang menyediakan pakej percutian murah ke Bandung Indonesia. Setengah anda memang perlukan guide dan juga itinerary dengan tersusun bagi memudahkan anda ‘enjoy’ percutian anda. Lagipun bila ada Travel Guide, senang nak dapatkan info tentang lokasi percutian anda dan info-info lain kan…? 

Apapun, selamat melancong ke Bandung.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.