Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cari Kudapan Halal Di Kedai Serbaneka 7-Eleven Thailand

Melancong ke negara Thailand sememangnya menjadi aktiviti pelancongan paling popular rakyat Malaysia sejak dari dahulu lagi. Ramai orang Malaysia mengambil peluang untuk travel ke destinasi popular di Thailand, khususnya di Selatan Thailand seperti Hatyai, Satun, Pattaya, Pattani dan juga ke Phuket. Sebab itulah, kalau cerita bab makanan, nak Cari Kudapan Halal Di Kedai Serbaneka 7-Eleven Thailand sangat mudah dan banyak boleh dibeli kat sana.

Kalau kebanyakkan kedai serbaneka di Selatan Thailand, mereka menyediakan ruangan untuk halal muslim kerana di kawasan ini masih ramai lagi penduduknya majoriti orang Muslim. Jadi, tak perlu risau kalau melancong ke Hatyai, Satun, Pattaya, Pattani dan Phuket.

Baca : Kedai Makanan Halal Di Pak Bara, Satun, Thailand

 


Cari Kudapan Halal Di Kedai Serbaneka 7-Eleven Thailand

Kudapan Halal Di Kedai Serbaneka 7-Eleven Thailand 05 copy

Kudapan Halal Di Kedai Serbaneka 7-Eleven Thailand 01
 

Paling banyak kedai serbaneka di Thailand ialah 7-Eleven. Dan jika anda berada di sekitar Selatan Thailand, kebanyakkan kedai 7-Eleven di sini ada menyediakan ruang dan rak makanan halal untuk masyarakat sekitar dan juga pelancong seperti kita.

Ada banyak makanan halal ada dijual di sini termasuk roti, biskut, kudap-kudap dan juga air yang halal untuk orang Muslim.

Rak dalam kedai serbaneka 7-Eleven ini ditulis dengan jelas dengan warna hijau perkataan Halal. Ia akan memudahkan pembeli yang bukan rakyat Thailand memilih makanan halal lebih mudah untuk pembelian mereka.
 

7-eleven thailand

7-eleven thailand

7-eleven thailand

7-eleven thailand

7-eleven thailand

7-eleven thailand
 

Jika saya travel ke Selatan Thailand khususnya, pasti akan saya singgah di kedai 7-Eleven untuk membeli beberapa stok makanan atau kudapan yang boleh saya makan ketika di dalam kenderaan atau di dalam bilik hotel.

Selalu yang kami beli seperti roti, kudapan Lays, Kentang dan juga air tenaga. Kebanyakkan minuman ini ada diletakkan logo Halal dan ia lebih menyakinkan kami untuk membeli dan makan sepanjang percutian kami di Thailand.

Untuk anda yang pertama kali ke Thailand, antara cara mudah untuk cari makanan halal ialah di kedai serbaneka 7-Eleven. Kedai serbaneka lain mungkin ada, tetapi tidak banyak yang menyediakan rak khas Halal untuk pembeli mereka. Jadi, cuba lah ke sini dulu untuk mencari makanan halal kegemaran anda atau kudapan untuk mengisi perut sementara menunggu waktu makan tengahari atau makan malam.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.